Sabtu, 30 April 2016

Polis buru John Rambo

KUALA LUMPUR - Polis sedang memburu seorang penggali kubur digelar sebagai John Rambo selepas disyaki menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis daripada bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di kawasan rumah setinggan di Kampung Air, Jalan Kuari, Cheras di sini malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, suspek berusia 44 tahun itu dipercayai masih bersembunyi di kawasan tanah perkuburan di Jalan Kuari manakala rakannya berusia 39 tahun berjaya ditahan polis kira-kira pukul 9.30 pagi tadi di kawasan berkenaan.
"Siasatan mendapati, rakan John Rambo yang ditahan mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.
"Seorang daripada anggota yang cedera malam tadi sudah dibenarkan pulang manakala seorang lagi masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - K! ONLINE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...