Selasa, 3 Mei 2016

Perompak Geng Batam Tumpas Atau Keturunan Palembang

KOTA BHARU – Polis Kelantan menumpaskan penjenayah Geng Batam dari Indonesia yang menyasarkan pelanggan yang baru mengeluarkan wang di bank-bank dengan penahanan lima anggotanya termasuk seorang wanita di Kampung Repek, Pasir Mas minggu lepas.
Anggota sindiket melibatkan empat lelaki dan seorang wanita yang berumur 20 hingga 36 tahun didapati memasuki Malaysia secara haram melalui Stulang Laut di Johor Bahru sebelum transit ke Kuala Lumpur dan mencari lokasi untuk melakukan jenayah di negara ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dengan penahanan kelima-lima suspek menerusi Ops Bankers itu, pihaknya percaya dapat menyelesaikan 11 kes rompakan membabitkan lapan kes di Kelantan dan masing-masing satu kes di Johor, Kedah dan Pulau Pinang dalam tempoh Disember 2015 sehingga minggu lalu.

“Anggota sindiket dari Batam itu memasuki Malaysia secara haram melalui Stulang Laut sebelum transit ke Kuala Lumpur dan melakukan jenayah di beberapa buah negeri yang dipercayai telah melibatkan kerugian hampir RM1 juta,” kata beliau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...