Rabu, 29 Jun 2016

DADAH RM 4.7 JUTA DALAM ALAT SUKAN ‘AB CIRCLE PRO’.

SHAH ALAM, 28 Jun - Helah menyorokkan dadah dalam peralatan sukan "Ab Circle Pro" gagal mengaburi pihak berkuasa apabila dua suspek ditahan di dua lokasi berasingan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, ACP Amran bin Ramli dalam sidang medianya sebentar tadi berkata, tangkapan pertama dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sepang dan Polis Kontinjen Selangor ke atas seorang lelaki di hadapan sebuah Kondominium di Cyberjaya , Selangor pada 23 Jun lalu. 

Hasil pemeriksaan pihak polis berjaya menjumpai tiga beg palstik, dipercayai dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM 60,000.


Hasil soal siasat pihak polis telah membawa kepada penahan seorang lagi suspek lelaki pada hari yang sama. Suspek yang berumur lingkungan 30 an ditahan di kawasan Kuala Lumpur. Pemeriksaan pihak polis telah menjumpai sembilan kotak yang mengandungi peralatan senaman berhampiran tempat suspek ditahan. 

Hasil pemeriksaan lanjut keatas peralatan senaman tersebut dimana sebanyak 36 batang besi didalamnya mengandungi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat 78,844 gram yang dianggarkan bernilai RM 4.7 juta.

Dalam sidang medianya juga, beliau berkata dadah tersebut dipercayai dibawa masuk dari luar negara menggunakan perkhidmatan kargo.

Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut sehingga 29 Jun dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...