Jumaat, 21 Oktober 2016

Leonardo DiCaprio akan beri kerjasama dalam siasatan 1MDB

WASHINGTON: Leonardo DiCaprio akan memberi kerjasama dalam siasatan berhubung badan pelaburan milik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang turut melibatkan filem beliau The Wolf of Wall Street, menurut jurucakap pelakon Hollywood itu pada Selasa.

Bintang itu menghubungi Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) pada Julai setelah jab atan itu memfailkan tuntuan mahkamah untuk merampas lebih daripada AS$1 bilion dalam aset yang berkait dengan 1MDB, termasuk hak kepada filem itu.

Filem DiCaprio diterbikan pada 2013 dan dibiayai oleh Red Granite Pictures, sebuah syarikat yang diasaskan oleh Riza Aziz.

DiCaprio dilaporkan
merupakan kawan kepada rakan Reza Aziz, iaitu Jho Low yang turut dinamakan dalam tuntutan mahkamah itu.

DOJ mahu merampas wang royalti dari filem itu dan juga hartanah di Beverly Hills, New York, dan London; karya seni Monet dan Van Gogh dan jet Bombardier.

Seorang jurucakap dari Leonardo DiCaprio Foundation berkata setelah pelakon itu mendengar tentang tuntutan mahkamah itu, DiCaprio mengarah seorang wakil untuk menghubungi DOJ untuk mendapat kepastian jika yayasan beliau telah menerima apa-apa hadiah atau sumbangan yang berkait dengan kes ini dan akan “memulangkan kesemua aset itu secepat mungkin.”

Sebuah pertubuhan dari Switzerland, Bruno Manser Fund, menyambut baik keputusan DiCaprio namun bertanyakan jika beliau akan memulangkan AS$25 juta iaitu wang yang diterima untuk berlakon dalam filem The Wolf of Wall Street.


Bruno Manser Fund merupakan antara badan bukan kerajaan yang aktif berkempen menentang rasuah di Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...