Rabu, 23 November 2016

GENG LETUP MESIN ATM DI DUNGUN DUA BULAN LALU DITAHAN

MARAN, 23 Nov - Lima individu yang dipercayai meletup dan melarikan RM320,000 daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Dungun pada awal September lepas, ditahan semalam.

Empat daripada mereka ditahan di asrama Kuil Maranthandavar, Sungai Jerik.

Ketua Polis Daerah Maran, DSP Mat Rizal Mat Radzi penahanan mereka adalah hasil maklumat orang awam.

Seorang daripada mereka pada mulanya berjaya melarikan diri, tetapi kemudiannya dapat ditahan pada pukul 10 malam di dalam kawasan paya di Kampung Baru Jaya, Sungai Jerit.


Beliau berkata hasil penahanan mereka dan pemeriksaan lanjut di asrama itu, pihak polis merampas beberapa barang kes termasuk bahan letupan, senjata tajam, dan tiga buah kereta mewah.

Siasatan awal juga mendapati, kelima-lima mereka yang berumur antara 30 hingga 42 tahun dipercayai sedang merancang untuk meletupkan sebuah lagi mesin ATM, kata Mat Rizal.

Beliau berkata pihak polis percaya dengan penahanan mereka, beberapa kes pecah dan samun mesin ATM dengan menggunakan bahan letupan di beberapa buah buah negeri termasuk Pahang dapat diselesaikan.

Mereka bakal dituduh kerana melakukan samun berkawan menggunakan senjata.

- BERNAMA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...