Rabu, 16 Ogos 2017

PEGAWAI DBKL DITAHAN SPRM

PEGAWAI Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) antara lapan individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam, semalam, bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa berkaitan bayaran kontrak tuntutan kerja pembersihan sejak 2014.
Semua suspek termasuk tiga wanita berusia 37 hingga 61 tahun ditahan SPRM Selangor di beberapa lokasi.
Sumber SPRM berkata, Pengurus Bahagian Perumahan itu dipercayai meminta dan menerima wang rasuah secara bulanan daripada kontraktor sejak 2014 sehingga tahun ini.
" Perbuatan itu dilakukan sebagai balasan mengurangkan pemotongan tuntutan bayaran ke atas kontrak kerja pembersihan yang dibuat oleh kontraktor berkenaan.

"Ia membabitkan kontraktor di 26 kawasan di Zon Pembersihan di bawah DBKL," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah berkata, penahanan dilakukan selepas memperoleh maklumat daripada pihak tertentu.
"Siasatan sudah dilakukan dan dipercayai terdapat aktiviti rasuah. Kita sedang mengambil tindakan lanjut mengikut undang-undang.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009," katanya.
Menurutnya, tujuh suspek direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan, manakala seorang kontraktor dilepaskan dengan ikat jamin selepas keterangan direkodkan SPRM semalam.

Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...