Memaparkan catatan dengan label Akta Dadah Berbahaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akta Dadah Berbahaya. Papar semua catatan

Rabu, 26 November 2014

Setara Ganja Selepas Pindaan Undang-Undang


KUALA LUMPUR : Pindaan terhadap undang-undang dadah telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin, di mana kesalahan berkaitan daun ketum adalah setara dengan kesalahan berkaitan ganja.

Rang Undang-undang itu adalah bagi membuat pindaan kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk memasukkan takrif ketum sebagai dadah berbahaya.

Perubahan terhadap undang-undang itu meliputi sekatan ke atas pengimportan, pengeksportan, pemilikan dan penanaman daun ketum.

Rabu, 30 April 2014

Perlis Usul Kesalahan Ketum Sabit Ikut Akta Dadah


KANGAR: Kerajaan Perlis mengemukakan usul kepada Kerajaan Persekutuan supaya kesalahan bersabit daum ketum dimasukkan di bawah Akta Dadah Berbahaya dalam usaha membendung penyalahgunaan tumbuhan itu.
Menteri Besar, Azlan Man (BN-Pauh) berkata, mengenakan kompaun terhadap pesalah tidak akan dapat mengawal pelaku dari terus mengulangi perbuatan mereka.


Ketika menjawab soalan tambahan Khaw Hock Kong (BN-Titi Tinggi) pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini, Selasa, Azlan berkata ketagihan terhadap tumbuhan itu yang dikaitkan dengan penduduk Perlis dan Kedah menjejas imej kedua-dua negeri.


Selasa, 9 Oktober 2012

Dua pegawai kastam dihukum gantung kerana edar dadah


ALOR SETAR: Dua pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah tahun lalu oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar di sini, hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Ismail Mansor, 43, dan Nazni Seman, 48, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.


Kedua-dua tertuduh yang berkhidmat dengan Unit Penguatkuasa Kastam Kuala Perlis, Perlis, didakwa secara bersama mengedar dadah jenis kanabis seberat 6,705 gram di kawasan tapak parkir lori kilang simen, Bukit Keteri, Padang Besar, Perlis pada jam 9.30 malam, 27 April 2011.

Rabu, 19 September 2012

Tiga anggota polis cedera dalam kemalangan, banduan terlepas

KUANTAN: Seorang banduan yang baru dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan dadah bertindak agresif dengan bergelut dan menendang anggota polis yang mengiringinya menyebabkan kereta polis yang mereka naiki terbabas dan merempuh belakang sebuah lori. 


Kejadian pada jam 11.45 pagi di Jalan Kuantan-By Pass dekat Taman Dato Rashid di sini, itu menyebabkan tiga anggota polis parah dan banduan itu melarikan diri.  Anggota polis yang cedera itu ialah pemandu, Konstabel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...