Memaparkan catatan dengan label Anggota Tentera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anggota Tentera. Papar semua catatan

Rabu, 15 Julai 2015

Dua anggota tentera cedera terkena tembakan

Tanah Merah: Dua anggota tentera cedera di paha dipercayai terkena tembakan ketika meronda di Sungai Golok, dekat sini, kira-kira 5.35 petang tadi.
Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Jeli di sini, untuk menerima rawatan lanjut.
Sumber polis berkata, ketika kejadian, anggota tentera terbabit sedang dalam perjalanan pulang ke pangkalan selepas meronda di sekitar Sungai Golok.
“Kira-kira 400 meter dari Pos Machang, ada tembakan dilepaskan dari arah sempadan Thailand dan mengenai tepat paha anggota tentera itu.
“Tembakan dipercayai menggunakan senapang angin,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, mangsa yang dihantar ke hospital dilaporkan stabil.

Katanya, siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan.
Sumber: KLIK DISINI

Sabtu, 14 Jun 2014

Anggota TLDM antara ditahan terbabit militan


KUALA LUMPUR - Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah antara tiga rakyat tempatan ditahan polis di Sandakan hari ini kerana disyaki terbabit dalam kegiatan militan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, suspek berusia antara 29 dan 31 tahun, ditahan dalam operasi khas yang dijalankan Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman.

Beliau berkata, seorang daripada individu yang ditangkap merupakan anggota kanan sel militan yang disyaki telah menjalankan latihan ketenteraan di kem milik Kumpulan Abu Sayyaf di Selatan Filipina, sejak 22 April lalu.

"Suspek menyusup masuk ke Malaysia secara haram pada 11 Jun lepas dan bersembunyi di sebuah rumah di Sandakan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...