KUALA LUMPUR: Penahanan dua rakyat
Pakistan yang melekatkan bungkusan dadah yang keseluruhannya seberat 6.3
kilogram (kg) pada betis masing-masing membongkar trend terbaharu penyeludupan
bahan terlarang itu di negara ini.
Kedua-duanya
lelaki berusia antara 27 dan 29 tahun yang dipercayai keldai dadah itu ditahan
sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan
Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, hasil pemeriksaan,
polis merampas dua bungkus heroin yang masing-masing seberat 3.1 kg dan 3.2 kg
yang dilekatkan di kanan dan kiri betis rakyat Pakistan itu.
