| Gambar hiasan - Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abd Bari |
Operasi Pencegahan Jenayah atau 'Ops Tawan' perlu dilaksanakan atau dijalankan di semua daerah-daerah Semenanjung. Daerah besar seperti Brickfields, Dang Wangi dsbnya, tidak dinafikan penurunannya, oleh kerana tindakan-tindakan bersepadu yang dijalankan setiap hari dengan kehadiran ramai anggota-anggota PDRM, melakukan rondaan jalanan.
Namun begitu tindakan-tindakan susulan ataupun maklumat-maklumat positif perlu diperolehi oleh detektif daripada masyarakat disekeliling bagi mengekang peningkatan jenayah.
Kemesraan dengan masyarakat perlu diperhebatkan lagi dengan melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung sebagaimana yang dilaungkan oleh pucuk pimpinan - 'Komuniti 1Malaysia' atau 'Community Policing' perlu diperkemaskan lagi. Insyallah akan tercapai hasrat yang dihajati.