Memaparkan catatan dengan label Crime Alert. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Crime Alert. Papar semua catatan

Isnin, 23 Jun 2014

CRIME ALERT: UMPAN DAN CULIK


Mendidik anak-anak tentang keselamatan diri amat penting dan ia perlu bermula di seawal usia kanak-kanak tersebut. Peranan tersebut harus dimainkan oleh ibu bapa yang tidak seharusnya leka dengan sentiasa menganggap diri dan keluarga dalam keadaan selamat serta jauh dari risiko bahaya.

Sedarkah kita, kejadian yang menimpa kanak-kanak seperti hilang atau diculik pada hari ini adalah disebabkan oleh sikap segelintir ibu bapa itu sendiri.

Beberapa taktik dikesan digunakan penjenayah untuk UMPAN dan CULIK kanak-kanak serta ikuti MO dan nasihat daripada pihak polis bagi mengelakkan anak anda menjadi mangsa seterusnya.

Modus Operandi

1. Suspek terdiri daripada dua orang dan lebih
2. Menaiki kenderaan
3. Mangsa di kalangan kanak-kanak
4. Lokasi sasaran di padang permainan, kawasan rumah, pusat membeli belah, dan jalan-jalan yang kurang dilalui orang awam
5. Mengumpan mangsa dengan memberi gula-gula, wang atau barang permainan

Jumaat, 4 April 2014

AWAS - CRIME ALERT: IKUT DAN SAMUN


Jika anda adalah seorang pemandu kenderaan, pastikan tahap keselamatan diri dan langkah berjaga-jaga diambil bagi mengelakkan diri anda daripada menjadi mangsa samun. 

Taktik terkini yang dikesan digunakan penjenayah adalah dengan melarikan harta benda khususnya kenderaan anda dengan menggunakan taktik IKUT dan SAMUN.

Ikuti MO dan nasihat dari pihak polis bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya.

Modus Operandi:

1- Suspek terdiri daripada empat orang atau lebih dan menaiki sebuah kenderaan.

2- Kebiasaannya suspek akan menggunakan sebilah parang untuk menakutkan mangsa yang hendak disamun.

3- Ada juga menggunakan taktik dengan menyerang mangsa sama ada masuk atau keluar kenderaan 

4- Suspek akan mengarahkan mangsa menyerahkan barang kemas atau harta benda milik mangsa dan meninggalkannya di dalam kereta mangsa.

5- Suspek akan bertindak menarik mangsa keluar dari kenderaan.

6- Suspek akan melarikan kereta mangsa bersama-sama kenderaan yang dinaiki suspek yang lain.

Nasihat:

1. Sekiranya anda melihat atau diekori oleh kenderaan yang dinaiki mana-mana individu tidak dikenali terus menghubungi balai polis berdekatan atau berhenti di kawasan yang ramai orang.

2. Sekiranya berada di luar pagar, tunggu seketika dan tinjau keadaan sekeliling melalui cermin pandang belakang. Kenal pasti tiada kenderaan mencurigakan berhenti tidak jauh dari kenderaan anda.

3. Tidak panik dan kenal pasti nombor kenderaan yang dinaiki suspek seperti (jenis kenderaan, warna, nombor pendaftaran, bangsa, pakaian dan jantina).

4. Jangan menggadai nyawa sekiranya berlaku bergelutan dengan suspek untuk mempertahan harta benda.

5. Memasang sistem pengesan kenderaan di kereta bagi memudahkan pencarian pihak berkuasa (sekiranya mampu)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...