KUALA LUMPUR: Dua
lelaki yang mencuri dua cincin berlian bernilai RM1.4 juta di Bukit Bintang
pertengahan bulan ini berjaya ditahan di Zurich, Switzerland pada Khamis.
Pengurus
Keselamatan Penjual Barangan Emas Antarabangsa, Martin Winckel berkata, dua
penjenayah terbabit ditahan ketika berkeliaran di Bahnhofstrasse untuk
mencuri berlian di sebuah kedai di situ.
Suspek
dipercayai warga Taiwan itu pada mula berkunjung ke tiga buah kedai dan
menyatakan minat terhadap berlian bernilai tinggi.
