Memaparkan catatan dengan label Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay. Papar semua catatan

Selasa, 1 September 2020

KEGIATAN AH LONG @ CETI HARAM PERLU DIBENTERAS HINGGA KE AKAR UMBI

 


JOHOR BAHRU - Polis sudah membuka 398 kertas siasatan melibatkan kes ah long atau ceti haram yang bertindak ganas terhadap peminjam di negeri ini dari Januari hingga bulan lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, daripada jumlah itu, 118 disiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor manakala 280 lagi disiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Johor.

"Sebelum tangkapan dari Januari hingga Ogos lalu, lapan individu terlibat kegiatan ah long telah diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca) yang dikenakan tahanan dan pengawasan.

"Kebanyakan mereka yang meminjam ah long adalah mereka yang kuat berjudi selain mahu membuka perniagaan tetapi perniagaan tidak berjaya. Akibat daripada perbuatan peminjam ini, ahli keluarga mereka mendapat kesannya.

"Kita menerima banyak aduan orang awam, rumah disimbah cat merah dan dibaling cocktail kerana ada ahli keluarga mereka meminjam dengan ah long tetapi gagal membayarnya," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Terdahulu, Ayob menyempurnakan Majlis Penyerahan 35 Kereta Peronda Polis (MPV) jenis Honda Civic 1.8 S di Padang Kawad IPK Johor di sini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin dan Ketua JSJ Johor, Senior Asisten Komisioner Md Yusof Ahmad

Ayob berkata, pihaknya percaya banyak kes membabitkan ceti haram tersebut tetapi tidak dilaporkan kepada polis atas sebab tertentu.

Katanya, polis Johor masih meneruskan siasatan dan operasi untuk MENJEJAKI DALANG DI SEBALIK KUMPULAN ATAU SINDIKET AH LONG SECARA BERSEPADU di antara pihak JSJ dan JSJK negeri.

Ditanya adakah Johor menjadi transit utama kegiatan ah long susulan penangkapan 12 suspek pada 15 Ogos lalu yang mempunyai rangkaian di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, beliau berkata, SIASATAN RAPI SEDANG DIJALANKAN.

Menurutnya, IPK Johor juga akan berhubung dengan polis Singapura berhubung dakwaan ah long di Johor bekerjasama dengan ah long di republik tersebut dalam mencari dan memerangkap mangsanya.

"Polis Johor menasihatkan orang awam supaya tidak membuat pinjaman atau berurusan dengan ah long atau pemberi pinjam wang tanpa lesen sebaliknya menggunakan perkhidmatan institusi perbankan yang berlesen dan berdaftar," katanya.

Artikel Penuh: KLIK DISINI

Selasa, 19 Mei 2020

PEMILIK SEBUAH AKAUN FACEBOOK YANG MEMFITNAH KP JOHOR DAN TIMBALANNYA DISIASAT


JOHOR BAHRU: Seorang remaja berusia 17 tahun parah akibat ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian di pekan Kelapa Sawit, Kulai, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.55 malam itu, mangsa yang cedera parah itu kini dilaporkan stabil dan masih dirawat di hospital.
KETUA POLIS JOHOR, DATUK AYOB KHAN MYDIN PITCHAY, berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai melancarkan beberapa serbuan keesokannya, susulan kes terbabit.
"Polis mengadakan beberapa serbuan antara jam 4 petang Jumaat lalu sehingga 4 pagi tadi.
"Hasilnya, kita menahan 10 lelaki berusia antara 15 hingga 28 tahun bagi siasatan lanjut.
"Siasatan awal mendapati kejadian bermotifkan balas dendam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, TIMBALAN KETUA POLIS JOHOR, DATUK KHAW KOK CHIN.
Ayob Khan berkata, semua 10 suspek ditahan reman tujuh hari sehingga 24 Mei ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Ditanya sama ada kes berkenaan membabitkan kumpulan kongsi gelap, beliau berkata ia masih dalam siasatan.
Dalam perkembangan lain, Ayob Khan berkata, Polis Johor sedang menyiasat pemilik sebuah akaun Facebook yang memfitnah beliau dan timbalannya.
Katanya, akaun berkenaan menyiarkan video beliau bersama timbalannya, kononnya menerima wang sumbangan seorang wanita selain mendakwa mereka bersekongkol terhadap kes berkenaan.
"Kita sudah membuka kertas siasatan terhadap pemilik akaun Facebook berkenaan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan masing-masing kerana fitnah dan menimbulkan kegusaran awam," katanya.
Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Rujukan: KLIK DISINI


Khamis, 10 Oktober 2019

TINDAKAN YANG CUKUP BIJAK UNTUK MENYELAMATKAN NEGARA


DUA ADUN ANTARA TUJUH DITAHAN DISYAKI TERLIBAT LTTE- AYOB KHAN

KUALA LUMPUR, 10 Okt -- Dua ahli dewan undangan negeri (ADUN), masing-masing DARI MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN adalah antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki mempunyai hubungan dengan KUMPULAN HARIMAU PEMBEBASAN TAMIL EELAM (LTTE).

Penahanan kesemua mereka dibuat dalam operasi polis Bukit Aman di Melaka, Perak, Kedah dan Negeri Sembilan bermula pukul 9 pagi ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kesemua tujuh suspek yang ditahan berada dalam pemantauan polis sejak November lepas.

“Ada pihak-pihak tertentu dari luar cuba mengaktifkan LTTE di negara ini... kami ambil tindakan untuk tangkap kerana kami tidak mahu biarkan mereka berkembang,” katanya pada sidang akhbar khas di Bukit Aman di sini, hari ini.

Beliau berkata secara keseluruhan seramai 25 individu ditahan kerana disyaki terlibat dengan LTTE di negara ini sejak 2009.

Rujukan: hKLIK DISINI

Khamis, 17 Ogos 2017

Lima Ditahan Dalam Serbuan Bahagian Anti Keganasan

KUALA LUMPUR: Lima lelaki, tiga daripada mereka warga Pakistan, ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) susulan operasi fasa ketiga secara besar-besaran yang diketuai oleh Bahagian Anti Keganasan Bukit Aman di pusat komersial Nilai 3.

Operasi itu yang turut dilakukan di pelbagai lokasi di Lembah Klang dijalankan menjelang Sukan SEA yang akan bermula pada Sabtu.

Difahamkan rakyat Pakistan terbabit, bersama dua rakyat Malaysia, ditahan selepas pihak berkuasa merampas parang dan beberapa keping pasport asing daripada mereka.

"Kami menyiasat semua sudut, termasuk kemungkinan mereka terlibat dalam sindiket pemalsuan pasport," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...