Memaparkan catatan dengan label Hotel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hotel. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Julai 2012

Hotel dibakar angkara perbuatan khianat


Hotel dibakar angkara perbuatan khianat
KULIM - Kebakaran di sekitar tangga sebuah hotel di sini dipercayai berpunca dari perbuatan khianat berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi semalam pekerja sebuah hotel di sini cemas apabila dikejutkan dengan siren penggera kebakaran.

Saksi yang berada di tempat kejadian memaklumkan dia ternampak api di sekitar kawasan tangga di tepi hotel sebelum memaklumkan kepada kakitangan hotel itu.

Ketua Balai Polis Kulim Asisten Superintendan, Mohd Azlan Abd Kadir berkata, satu jentera bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Kulim bergegas ke tempat kejadian dan berjaya mengawal api.

Menurutnya, hasil pemeriksaan dibuat mendapati hotel mengalami kerugian kecil akibat kebakaran itu. “Polis juga mengenal pasti suspek terlibat dan usaha menjejakinya sedang dijalankan,” katanya.

Pegawai polis ditahan pukul pekerja hotel bertaraf 2 bintang


RENTETAN gambar menunjukkan seorang anggota polis berpangkat Inspektor mencederakan seorang pekerja dengan menggunakan belakang pistol di sebuah hotel di Seremban 2, awal pagi semalam.

SEREMBAN 18 Julai - Polis bertindak pantas menahan seorang pegawainya yang berpangkat inspektor bagi membantu siasatan setelah dia didakwa mencederakan seorang pekerja hotel bertaraf dua bintang di Seremban 2 di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 pagi itu, pegawai polis berusia 32 tahun berkenaan datang ke hotel tersebut bersama tiga rakannya untuk menginap.

Difahamkan, berlaku pertengkaran antara pegawai polis itu dengan dua pekerja hotel di kaunter lobi dipercayai berpunca daripada salah faham berhubung pemulangan duit baki pembelian aiskrim.

Kejadian selama 10 minit itu turut dirakam kamera rakaman litar tertutup (CCTV) hotel.

Pegawai polis mengamuk di Seremban 2 sudah ditahan


Polis mengamuk: Ketua Polis Daerah sahkan pegawai terbabit sudah ditahan
Rakaman CCTV menunjukkan pegawai polis menyerang dua pekerja hotel di Seremban 2, kelmarin

SEREMBAN – Polis sedang menyiasat tindakan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang menyerang dua pekerja hotel serta merosakkan beberapa kenderaan di Seremban 2, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 2.50 pagi itu, lelaki berusia 32 tahun berkenaan dikatakan pada mulanya bertikam lidah dengan dua pekerja di kaunter lobi hotel berkenaan akibat tidak berpuas hati atas sebab-sebab tertentu.

Akibat serangan itu, kedua-dua pekerja terbabit mengalami kecederaan. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

“Kita masih menyiasat dakwaan mengenai pegawai polis itu yang dikatakan turut merosakkan kenderaan di luar hotel. Punca dia bertindak demikian juga masih disiasat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...