Memaparkan catatan dengan label Isu Kalimah Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Kalimah Allah. Papar semua catatan

Khamis, 9 Januari 2014

POLIS JALANKAN SIASATAN LANJUT KES PADERI



Putrajaya, 9 Jan - Pejabat Peguam negara meminta polis menjalankan siasatan lanjut terhadap kes seorang paderi Katolik mengeluarkan kenyataan berhubung penggunaan kalimah 'Allah' oleh orang bukan Islam, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata polis akan mengemukakan semula kertas siasatan kes itu secepat mungkin.

Menurut beliau adalah agak biasa bagi Pejabat Peguam Negara mengembalikan kertas siasatan dan meminta polis menjalankan siasatan lanjut.

"...dan kami akan melakukannya. Untuk kes ini, tidak banyak perkara yang diarah untuk kita (polis) lakukan dan kita boleh urus dalam masa yang singkat," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar sempena pelancaran Rangka Tindakan Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Polis Diraja Malaysia di lobi Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata Paderi Lawrence Andrew, yang juga editor akhbar mingguan Katolik, The Herald, tidak akan dipanggil semula untuk direkod kenyataannya.

Polis Selangor menyerahkan kertas siasatan kes itu kepada Pejabat Peguam Negara semalam. - BERNAMA

Sabtu, 4 Januari 2014

Polis pantau isu kalimah Allah


KLANG 2 Jan. - Polis akan memanggil Paderi Lawrence Andrew bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya baru-baru ini supaya semua gereja Katolik di Selangor terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan mereka.

Pengarang The Herald itu akan dipanggil memberi kenyataan dalam tempoh terdekat ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, pihaknya dalam proses melengkapkan siasatan selepas menerima aduan serta laporan daripada orang ramai mengenai kenyataan Andrew itu.

"Kami sedang memantau isu ini. Saya berharap semua pihak bertenang dan mematuhi undang-undang.

"Isu sensitif seperti ini perlu dikawal kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kekecohan," katanya kepada pemberita pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Klang Selatan di sini hari ini.

Semalam, kesemua 22 Bahagian UMNO Selangor membuat laporan polis berhubung kenyataan Andrew itu.

Sabtu, 26 Januari 2013

Jangan persenda isu sensitif berkaitan agama: KPN

LIM GUAN ENG PERLU DIAMBIL TINDAKAN


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengingatkan masyarakat tidak mempersendakan isu sensitif berkaitan agama atau perkauman yang boleh mencetuskan perasaan marah atau benci sehingga menjejaskan perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini. 

Beliau berkata setiap orang perlu menghormati sistem perundangan negara dan menerapkan nilai moral yang tinggi. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...