Memaparkan catatan dengan label JAIS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JAIS. Papar semua catatan

Rabu, 1 Mei 2013

Dibebaskan selepas disoal

TIGA daripada 35 ahli Al-Arqam menolak bagasi masing-masing sebaik mendarat di KLIA dari Jeddah semalam selepas diusir kerajaan Arab Saudi kelmarin.

SEPANG – Sekumpulan 13 pengikut Al-Arqam yang diusir kerajaan Arab Saudi kelmarin diberkas sebaik menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini petang semalam.

Sembilan lelaki dan empat wanita itu ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebaik mendarat pada pukul 1 petang dari Lapangan Terbang Jeddah bersama 22 lagi pengikut Al-Arqam. Bagaimanapun mereka yang turut diusir itu tidak ditahan.

Kesemua 13 pengikut Al-Arqam dibebaskan selepas diambil keterangan dengan syarat setiap orang mempunyai seorang penjamin.

Difahamkan, kesemua mereka terpaksa membeli tiket sendiri untuk pulang ke Malaysia selepas mendapat pengampunan dari kerajaan Arab Saudi atas kesalahan visa dan dokumen perjalanan. Mereka tidak diiring pihak berkuasa ketika penerbangan.

Menurut sumber, pengikut ajaran yang difatwakan sesat berusia antara 20 hingga 60 tahun itu ditahan selepas didapati memiliki bahan-bahan yang boleh mengaitkan diri mereka dengan ajaran tersebut.

Sabtu, 3 November 2012

KETIADAAN AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI ???

Anggota penguat kuasa JAIS merampas kain rentang sambutan ulang tahun kelahiran Ashaari Muhammad dalam serbuan di Rawang, Selangor malam tadi.

Cubaan hidupkan Al-Arqam

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah konsert khas yang dipercayai cuba menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam di Bandar Country Home, Rawang dekat sini hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam itu, beberapa individu telah ditahan termasuk Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron.

Difahamkan, Badrulamin merupakan tetamu kehormat konsert yang diadakan sempena sambutan ulang tahun kelahiran pengasas dan pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...