Memaparkan catatan dengan label Jenayah Harta Benda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenayah Harta Benda. Papar semua catatan

Ahad, 31 Ogos 2014

Penyamun pecah peti besi kebas RM148,000


Kajang: Sebuah pasar raya di bandar ini kerugian RM148,000 selepas peti besi mengandungi wang tunai dipecahkan dua lelaki dalam kejadian awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian antara jam 1 hingga 2 pagi itu, dua suspek memakai penutup muka dan topi memanjat saluran paip sebelum masuk melalui cermin premis.

Difahamkan, suspek turut menggunakan kabel elektrik dari tingkat atas bangunan untuk menggunakan mesin pemotong bagi memecah dinding pejabat operasi yang terletak di tingkat bawah bangunan itu.

Selasa, 1 Julai 2014

PEMANDU LORI DITAHAN BERSAMA BARANG CURI BERNILAI RM10,000



Marang, 30 Jun - Seorang pemandu lori yang memiliki empat waran tangkap kerana aktif melakukan jenayah pecah rumah di daerah ini dan Dungun, ditangkap di Kampung Rhu Rendang di sini, Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Terengganu, ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata suspek berusia 39 tahun itu dan rakannya, dipercayai terbabit dalam empat kes pecah rumah di daerah ini dan beberapa daerah lain sejak April lepas.

Ekoran penahanan suspek, polis menemukan sebuah komputer riba, barangan kemas, duit syiling, tablet serta telefon bimbit dengan hasil rampasan bernilai kira-kira RM10,000, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Khamis, 26 Jun 2014

Datin kerugian RM30,000 rumah dipecah masuk

Gambar hiasan
KUANTAN - Seorang wanita bergelar Datin mengalami kerugian kira-kira RM30,000 setelah kediamannya di Sungai Isap di sini dipecah masuk dalam kejadian yang disedari petang semalam. 

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, mangsa yang berusia 50-an hanya menyedari kejadian itu sebaik tiba di rumah bersama anak-anaknya pada 4 petang semalam.

"Ketika kejadian, mangsa tidak berada di rumah, kerana ke Kuala Lumpur bersama anak-anaknya atas utusan peribadi selama empat hari sejak Jumaat lepas.

"Bagaimanapun sebaik tiba di rumahnya petang semalam, beliau terkejut apabila mendapati keadaan rumah dan bilik tidurnya dalam keadaan berselerak," katanya kepada Bernama di sini hari ini tanpa mengulas lanjut tentang identiti mangsa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...