Memaparkan catatan dengan label Kajang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kajang. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Jun 2012

Rangka manusia ditemui dalam tong bersimen


KAJANG — Seorang pengendali jengkaut yang sedang membersihkan kawasan hutan di Kampung Baru Balakong dekat sini, hari ini terkejut apabila mendapati tong drum bersimen yang dikautnya mengandungi rangka manusia.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, pekerja lelaki berkenaan bertindak memecahkan tong drum bersimen sepenuhnya itu sebelum mendapati terdapat kandungan simen lagi di dalamnya.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, lelaki itu kemudian memecahkan simen di dalam tong itu sebelum menemui rangka manusia lengkap berpakaian yang diikat dengan kabel elektrik.
"Berikutan itu, lelaki tersebut terus melaporkan kepada majikannya berhubung penemuan rangka itu,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.
Abdul Rashid berkata, tiada identiti ditemui pada rangka itu dan siasatan awal polis menemui kesan tetakan pada lehernya.— BERNAMA

Ahad, 27 Mac 2011

Rumah pusat dadah diserbu

KAJANG – Polis berjaya menahan 11 lelaki tempatan berusia 18 hingga 30 tahun dan merampas dadah jenis ganja, syabu serta eramin-5 dalam satu serbuan di sebuah rumah sewa di Taman Berjaya Baru, Sungai Chua, awal pagi semalam. 

Serbuan dilakukan kira-kira jam 1 pagi oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang hasil maklumat orang ramai dan intipan polis di rumah berkenaan. 

Kesemua suspek merupakan rakyat tempatan sekitar Bangi, Kajang serta Johor tinggal di rumah sewa berkenaan. 

Khamis, 10 Mac 2011

Kes jenayah di Kajang menurun

KAJANG – Penurunan kadar jenayah sebanyak 22 peratus di Kajang berjaya dicapai bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lalu dengan pengurangan sebanyak 230 kes. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Azman Ayob berkata, penurunan 22 peratus kadar jenayah di kawasan Kajang untuk dua bulan pertama ini berbanding tahun sebelumnya adalah hasil komitmen bersepadu masyarakat setempat bersama polis mencegah jenayah. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...