KUALA LUMPUR: Penjenayah siber sedang merangka kempen penipuan dengan mensasarkan peminat bola sepak ketika tuan rumah Brazil membuat persiapan akhir untuk Piala Dunia 2014 Persekutuan Persatuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).
Aktiviti penipuan dalam talian juga sedang giat merangka laman web canggih meniru domain tulen Piala Dunia, penaja dan rakan kongsinya dan cuba memikat pengguna untuk berkongsi data peribadi mereka, seperti nama pengguna, kata laluan dan nombor kad kredit kata Kaspersky, peneraju utama perisian pengurusan keselamatan data komputer.