Memaparkan catatan dengan label Kes Buang Bayi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kes Buang Bayi. Papar semua catatan

Isnin, 17 Ogos 2015

Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Beg Plastik

SHAH ALAM: Bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam beg palstik di Desa Latania, Seksyen 37 di sini, pagi Sabtu.

Suara bayi menangis mengejutkan orang awam yang melintas kawasan berkenaan dan menemui bayi berkenaan pada kira-kira pukul 10 pagi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan memaklumkan perkara itu.

Isnin, 28 April 2014

Polis Tahan Penuntut IPTS Disyaki Buang Bayi Dalam Mangkuk Tandas


KUALA TERENGGANU, 27 April (Bernama) -- Seorang penuntut perempuan sebuah pusat pengajian tinggi swasta ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembuangan bayi lelaki yang baru dilahirkan di Padang Hiliran di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP K.Manoharan berkata suspek yang berusia 21 tahun itu ditahan pukul 3 petang Khamis lalu setelah selesai menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

"Bagaimanapun, remaja itu dibebaskan tiga jam kemudian dengan jaminan polis selepas selesai memberi keterangan ekoran keadaannya yang masih lemah," katanya kepada BERNAMA, Ahad.

Selasa lepas, penuntut itu disyaki bertindak membuang bayi lelaki yang cukup sifat ke dalam mangkuk tandas di rumah sewanya di Kuala Terengganu.

Kejadian itu disedari rakan serumah penuntut berkenaan pukul 2.30 pagi selepas melihat suspek terbaring di depan pintu tandas dalam keadaan lemah selain terkejut melihat tompokan darah dan seorang bayi di dalam mangkuk tandas.

Manoharan berkata hasil bedah siasat mendapati bayi berusia 38 minggu itu meninggal dunia ketika dilahirkan.

Beliau berkata pihaknya juga mengambil keterangan anggota keluarga suspek serta teman lelakinya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran.

--BERNAMA

Ahad, 20 April 2014

Pesara jumpa bayi masih hidup dalam tangki air

Gambar hiasan
Sandakan: Pesara kerajaan menemui bayi lelaki masih hidup dalam tangki air yang terletak di bahagian belakang kediamannya, di sini, lewat malam semalam.
Bagaimanapun, bayi lelaki itu yang cukup sifat dengan tali pusat dipercayai baru dilahirkan dan diletak dalam bungkusan plastik, bernasib baik apabila tangisannya didengar pesara berkenaan. 
Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Rowell Marong, berkata pesara kerajaan berusia 59 tahun itu, yang mnenetap di Taman Merpati Batu 7 dekat sini, membuka tingkap selepas mendengar bunyi tangisan bayi dari atas bumbung dan melihat satu bungkusan berada di situ.

Ketika itu, tangisan bayi berkenaan sudah berhenti.

Rowell berkata pesara itu kemudian ke rumah iparnya di kawasan berhampiran dan pemeriksaan ke atas bungkusan terbabit mendapati ada bayi di dalamnya sebelum memaklumkan penemuan berkenaan kepada polis pada 11.15 malam, semalam. 

Beliau berkata bayi malang itu dihantar ke Hospital Duchess Of Kent dan kini dalam keadaan sihat. 

Katanya, polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan mereka yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan. - Bernama

Khamis, 30 Ogos 2012

Buang bayi depan kedai surat khabar

Gambar Hiasan

KUALA TERENGGANU - Seorang bayi perempuan yang sihat dan cukup sifat ditemui di hadapan sebuah kedai menjual surat khabar di Jalan Sultan Omar di sini hari ini.
Bayi yang dibalut dengan tuala berwarna biru dan hanya memakai lampin itu diletakkan dalam sebuah beg pakaian dan ditinggalkan di hadapan pintu kedai berkenaan.
Rozlan Shahril Hamzani, 31, yang menemui bayi itu ketika ingin memulakan perniagaan pada pukul 6 pagi berkata, beliau mendengar suara bayi menangis tetapi tidak menghiraukannya apabila bunyi tangisan itu hilang tidak lama kemudian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...