Memaparkan catatan dengan label Kes Mendatangkan Kecederaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kes Mendatangkan Kecederaan. Papar semua catatan

Ahad, 3 Ogos 2014

#Jenayah Kekerasan: Mangsa ditetak dengan parang

Gambar hiasan
BESUT - Seorang lelaki bertindak menetak rakannya menggunakan parang akibat tidak dapat menerima teguran mangsa dalam kejadian di sebuah kedai di Kampung Padang Bual, di sini, Rabu lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1 pagi ketika mangsa berusia 28 tahun bermain karom bersama rakan-rakannya, sebelum didatangi suspek yang mahu mengisi minyak.

Menurutnya, mangsa kemudian menegur suspek memandangkan sebelum ini suspek didakwa sering mengganggu penduduk sekitar kampung.

Isnin, 13 Januari 2014

Buruh binaan dikelar, ditikam

Buruh binaan dikelar, ditikam

BESUT – Seorang buruh binaan warga Myanmar dikatakan masih mampu berjalan meminta pertolongan selepas lehernya dikelar dan ditikam di bahagian belakang badan di Jalan Tembila, Kampung Pangkalan Kubur dekat Kampung Raja, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu, mangsa, Usal Hamod, 31, ditemui orang awam terbaring di hadapan sebuah sekolah menengah berhampiran rumah sewanya sebelum bertindak menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, pihak polis yang bergegas ke tempat kejadian menemui mangsa yang masih sedarkan diri, tetapi tidak bermaya di hadapan sebuah rumah tidak bernombor bersebelahan rumah sewa mangsa.

Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kecederaan di bahagian kiri leher dipercayai akibat dikelar, selain bahagian belakang badan disyaki ditikam dengan senjata tajam.

“Bagaimanapun, mangsa yang bekerja sebagai buruh tapak pembinaan di kawasan berdekatan berada dalam keadaan stabil, namun tidak bermaya akibat kecederaan dialaminya itu,” katanya.

Kamaruddin berkata lagi, mangsa dihantar ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati tidak ada jiran yang menyedari kejadian berlaku dan polis tidak menemui sebarang senjata di kawasan kejadian.

Kata beliau lagi, pemeriksaan di rumah mangsa sejurus selepas kejadian itu mendapati tidak ada sesiapa di dalam rumah tersebut dan suspek dipercayai melarikan diri.


“Polis sedang menyiasat suspek dan motif kejadian, namun keterangan daripada mangsa masih belum diperoleh kerana keadaan mangsa tidak bermaya,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...