Memaparkan catatan dengan label Kes Tembak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kes Tembak. Papar semua catatan

Ahad, 10 Mei 2015

Kes Tembak: Adik Noh Omar Diburu Polis


Adik lelaki kepada Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang diletakkan dalam senarai paling dikehendaki berhubung kes tembak seorang lelaki telah melarikan diri dari kediaman keluarganya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata rumah suspek ditinggalkan kosong.

"Tidak ada seorang pun di rumah. Dia telah melarikan diri bersama keluarganya selepas kejadian itu," katanya ketika dihubungi, Jumaat.

Khamis, 29 Mei 2014

Polis Buru Askar Tembak Rakan Di Lahad Datu


LAHAD DATU: Polis melancarkan operasi memburu seorang askar yang dipercayai terlibat dalam insiden tembakan di sebuah kedai di sini, awal pagi Rabu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, mereka telah mengenal pasti suspek dan sedang mempergiatkan usaha memburu askar tersebut yang dipercayai menembak rakannya itu kira-kira pukul 4.45 pagi.

"Kami telah mengenal pasti suspek dan akan terus menahannya sebaik saja dia ditemui," kata Hamza ketika dihubungi.

Hamza berkata, dua orang awam yang cedera dalam insiden itu dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

Selasa, 7 Januari 2014

Enam das tembakan disasar ke rumah YDP Besut


BESUT - Enam das tembakan dilepaskan ke arah rumah Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Besut di Kampung Gong Kapas di sini hari ini.
Ketika kejadian pada 6.15 pagi, Ibrahim Mohamad, 55, bersama isteri dan seorang anak mereka berada di dalam rumah dan mereka terdengar beberapa bunyi letupan tetapi tidak mengesyaki ia adalah bunyi tembakan yang dilepaskan ke arah kediaman mereka.
Kejadian itu hanya disedari pada 8.30 pagi apabila isteri YDP majlis daerah itu keluar untuk membersihkan kawasan rumah dan melihat kesan pecah pada cermin keretanya serta menemui serpihan peluru di perkarangan rumah banglo setingkat itu.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, wanita berkenaan kemudian menelefon suaminya yang ketika itu berada di pejabat dan memaklumkan mengenai perkara itu.
Polis dapati enam das tembakan dilepaskan iaitu dua terkena pada rumah manakala empat lagi pada kereta Mercedes Benz CLK320 mangsa, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Jamshah berkata, polis tidak menolak kemungkinan tembakan itu dilepaskan sebagai tanda amaran.
"Mangsa memaklumkan dia tidak mempuyai musuh dan kami tidak menolak kemungkinan kejadian ini bermotifkan rasa tidak senang hati pihak tertentu terhadap tugas mangsa,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, polis percaya tembakan dilepaskan dari jarak dekat iaitu kira-kira lima meter dan dilakukan oleh lebih seorang suspek.
Pihak forensik menemui satu kelongsong peluru jenis 9mm Luger Speer di atas jalan di hadapan rumah itu. - Bernama

Selasa, 22 Januari 2013

Lelaki parah ditembak di pusat hiburan Parit Buntar


PARIT BUNTAR: Seorang lelaki parah selepas ditembak oleh individu yang dipercayai kenalannya di sebuah pusat hiburan di Taman Wawasan Parit Buntar, di sini, awal pagi tadi. 

Dalam kejadian jam 1.30 pagi, Lim Lip Hong, 24, dikatakan ditembak dari jarak dekat oleh suspek berusia 30-an yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemilik pusat hiburan berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata kejadian dikatakan berpunca pertengkaran kecil antara mangsa dan suspek ketika mereka dikatakan di bawah pengaruh alkohol. 

Khamis, 7 Jun 2012

Pengawal parah ditembak lima das


Image Detail
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU 6 Jun - Seorang pengawal keselamatan cedera parah selepas ditembak sebanyak lima das di perutnya oleh dua penjenayah dalam satu rompakan ketika mengiringi majikannya yang juga pengurup wang di Jalan Datuk Suleiman, di sini malam tadi.

Mangsa berusia 40-an itu terkena lima das tembakan yang dilepaskan dua penjenayah yang bersenjatakan pistol dari jarak 10 meter dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...