Memaparkan catatan dengan label MIC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MIC. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Februari 2011

Orang ramai jangan sertai perhimpunan Hindraf Ahad ini

2011/02/25

JASIN: Naib Presiden MIC, Datuk M Saravanan menasihatkan orang ramai agar tidak menyertai perarakan yang dirancang oleh pertubuhan haram, Hindraf di ibu negara, Ahad ini. 

Beliau berkata penganjuran perarakan itu tidak mendatangkan sebarang faedah.

Saravanan, yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, menyokong polis mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan itu memandangkan Hindraf adalah satu badan yang diharamkan kerajaan.

"Perhimpunan seperti itu akan mengganggu ketenteraman orang ramai dan mereka harus menjadikan pelbagai protes yang dilakukan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab pada masa lalu sebagai pengajaran," katanya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...