LUMUT: Seorang
anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berumur 21 tahun ditahan selepas
disyaki cuba mencabul kehormatan rakan setugasnya yang juga anggota TLDM di sebuah
stor di Pangkalan TLDM, di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, DSP Chong
Boo Khim berkata dalam kejadian pada Rabu lalu kira-kira pukul 10 malam, mangsa
yang berumur 30-an dikatakan berada di dalam sebuah stor bangunan tempat
kerjanya sebelum pintu stor berkenaan diketuk suspek dari luar.
