KANGAR 14 Jun - Dua pegawai Jabatan Kastam ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis selepas disyaki meminta rasuah daripada seorang pemilik
bot di Kuala
Perlis, semalam.
Pengarahnya,
Yaakob Angah berkata, seorang lelaki awam turut ditahan di rumahnya di Kuala
Perlis kerana disyaki bersubahat dengan pegawai kastam berkenaan, hari
ini.
Menurutnya,
pegawai-pegawai kastam berumur dalam lingkungan 40-an itu didakwa meminta
RM4,000 daripada pemilik
bot terbabit supaya dilepaskan daripada didakwa membawa stok diesel
berlebihan untuk diseludup
ke negara jiran pada Ahad lepas.