Memaparkan catatan dengan label OCPD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label OCPD. Papar semua catatan

Sabtu, 26 Julai 2014

Lapan KPI wajib dicapai 10 OCPD di EssZone


KOTA KINABALU, 25 Julai – Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya telah merangka lapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang wajib dilaksanakan dan capai oleh semua 10 Ketua Polis Daerah (OCPD) di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Katanya dua daripada KPI berkenaan sudah dilaksanakan oleh semua OCPD di kawasan berkenaan manakala selebihnya akan diumumkan dalam tempoh terdekat, selewat-leawatnya selepas Hari Raya Aidilfitri.

Jalaluddin berkata dua KPI yang telah dilaksanakan OCPD termasuk mengadakan pertemuan dengan nelayan dan pengusaha sangkar ikan serta mengadakan dialog dan perbincangan dengan persatuan nelayan.

Selasa, 23 Oktober 2012

JPA Ditegur Kerana Didakwa Tidak Adil Kepada PDRM


KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada Isnin ditegur kerana didakwa tidak berlaku adil terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung soal gaji dan kebajikan anggota penguatkuasa itu.
Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) berkata pihak pasukan polis memohon kepada JPA supaya memberikan keadilan kepada mereka untuk hak yang sama rata dengan perkhidmatan kerajaan yang lain dan anggota pakaian seragam yang lain.
Katanya malah, permohonan ini telah didengar oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan beliau ketika pembentangan Belanjawan 2013, baru-baru ini.
"Saya nak bagi contoh, lulusan Diploma, gaji akhirnya RM4,480 (polis), anggota perkhidmatan awam (yang biasa) RM5,730 dan SPRM, gajinya RM6,121.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...