BANTING -
Pihak polis masih memburu sekumpulan perompak bersenjatakan parang yang
dipercayai melakukan rompakan di sebuah pasar raya di Banting awal pagi,
kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azman Abdul Razak berkata, anggota bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat menerima panggilan telefon daripada pengawal keselamatan sebuah pasar raya memaklumkan mereka telah disamun oleh sekumpulan lelaki dengan bersenjatakan parang dan pisau.