KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis dikenakan hukuman penjara lima tahun dan didenda RM75,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini apabila didapati bersalah atas tuduhan cuba memperoleh suapan RM15,000 daripada seorang lelaki, lima tahun lepas.
Rakannya, berpangkat Lans Koperal pula dijatuhi hukuman penjara lima tahundan didenda RM25,000 setelah didapati bersalah atas tuduhan memperoleh suapansebanyak RM5,000 daripada seorang wanita, lima tahun lalu.
Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Cif Inspektor Khairol Azhar Mohamad Mostar, 34, dan Lans Koperal Mohd Khaidir Sairon, 37, yang bertugas di Unit Risikan, Operasi dan Tahanan (ROT), Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini.