
KUALA LUMPUR - Bekas Pegawai Penyelaras Parlimen Selayang, Jessie Ooi dan suaminya yang menjalankan perniagaan penapis air mengalami kerugian hampir RM15,000 setelah pejabat mereka dipecah masuk dua lelaki.
Jessie berkata, kejadian yang berlaku sehari sebelum sambutan Tahun Baru Cina itu menyebabkan semua wang simpanan dalam peti besi dan beberapa peralatan penjabat turut dilarikan pencuri.
"Saya dan suami hanya menyedari kejadian itu selepas kebetulan singgah di pejabat Ahad lalu, sebelum bergerak ke Pulau Pinang untuk sambutan Tahun Baru Cina.