BESUT: Seorang pelajar lelaki dari Kolej Vokasional Besut
mendakwa dikurung empat lelaki yang dikenalinya di sebuah rumah di kawasan
perumahan di Bandar Jerteh pada Isnin lalu.
Semasa dikurung, mangsa yang berumur
16 tahun dan berasal dari Kampung Pengkalan Nangka, Kuala Besut mendakwa telah
digari kedua-dua belah tangannya sebelum dipukul dengan kayu pemukul bola
besbol di kaki, perut dan tengkuk hingga cedera.
