ALOR SETAR: Seorang bayi perempuan berusia
empat bulan mengalami pendarahan pada otak dan mata dipercayai didera pengasuh
pada Rabu lepas di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak.
Putri Wafa
Mohd Saifudin yang baru sahaja empat hari ditempatkan di pusat jagaan itu
dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani oleh pemilik
pusat penjagaan selepas bayi tersebut mengalami sawan dan tidak sedarkan diri.
Bapanya Saifudin
Seman, 26, berkata menerima panggilan daripada pusat penjagaan tersebut
kira-kira 2.45 petang (Rabu) yang menyatakan anak perempuannya itu mengalami
sawan.