Memaparkan catatan dengan label Penyeludupan Mercun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penyeludupan Mercun. Papar semua catatan

Isnin, 7 Julai 2014

7,200 BUNGKUSAN MERCUN BERJAYA DIRAMPAS MARIN SEMPORNA


Semporna, 6 Julai - Sejumlah 7,200 bungkusan mercun berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna dalam dua operasi Op Paradise berasingan yang dijalankan di perairan Tongkaloh, di sini, lewat petang semalam.

Komandernya ACP Mohamad Madun berkata dalam pemeriksaan pertama terhadap sebuah jongkong yang melalui perairan tersebut, pihaknya menemui sejumlah 4,800 bungkusan mercun jenama "Tiger Firework" yang disorokkan di dalam ruangan yang terdapat di dalam jongkong tersebut.

Jumaat, 20 Jun 2014

PERKETAT KAWALAN DI SEMPADAN ELAK AKTIVITI SELUDUP MERCUN


Alor Setar, 19 Jun - Polis Kedah akan mempertingkatkan kawalan di kawasan sempadan negeri ini bagi membendung aktiviti penyeludupan mercun terutamanya ketika menjelang Ramadan dan Syawal.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata kawalan ketat telah dilakukan di pintu sempadan selain penambahan bilangan anggota polis kerana aktiviti penyeludupan mercun ini lazimnya meningkat menjelang pertengahan Ramadan.


"Perkara ini memang sudah biasa berlaku. Kita sedia tahu kawasan sempadan luas bermula dari Kelantan hingga ke Perlis dan Kedah pula bersempadan dengan negara Thailand jadi mereka akan cuba membawa masuk dan keluar barang haram seperti mercun.

"Kita akan bekerjasama dengan semua agensi kerajaan berkaitan bagi membanteras sebarang jenayah daripada berlaku di sekitar pintu sempadan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...