Kuala Terengganu, 28 April - Enam pos kawalan polis diwujud di kawasan berisiko di sekitar Kuala Terengganu bagi menggelak insiden yang tidak diingini sempena pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supt Abdul Halim Ishak berkata pos diwujudkan di Kuala Ibai, Wakaf Mempelam, Chendering, Manir, Gong Badak dan Batu Rakit yang telah beroperasi selepas hari penamaan calon. Beliau berkata ia bagi memudahkan orang ramai melapor kes berkaitan pilihan raya.
