
KEPALA BATAS - Seorang ibu dan bayi lelaki berusia lima bulan ketakutan di malam raya apabila keretanya dilarikan oleh seorang pemuda berdekatan Kompleks Dato Kailan di sini, kelmarin.
Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, mangsa Nurul Izzah Khalid, 26, berkata, suaminya Musyrif Abu Bakar, 29, menghentikan kereta di simpang jalan berdekatan kompleks berkenaan untuk membeli ubat untuk anaknya di farmasi.
"Kejadian itu berlaku dengan pantas. Suami saya keluar dari kereta dan belum sempat saya nak menekan punat kunci pintu itu, seorang lelaki naik dan tekan
minyak," katanya ketika menceritakan saat-saat cemas ketika kejadian itu.