![]() |
| Gambar hiasan |
SETIU -
Seorang peniaga kedai runcit kerugian lebih RM2,000 selepas disamun dua lelaki
bersenjatakan sebilah pisau, yang berpura-pura sebagai pelanggan dalam kejadian
di sebuah kedai di Kampung Guntung Luar, di sini, kelmarin.
Kejadian
dipercayai berlaku kira-kira jam 4 petang ketika wanita berusia 27 tahun itu
berada di dalam kedai.
Menurut
sumber, suspek berpura-pura memilih barangan sebaik masuk ke dalam kedai
berkenaan, sebelum memanggil mangsa kononnya untuk membuat pembayaran.
