Memaparkan catatan dengan label Syarikat Pengawal Keselamatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syarikat Pengawal Keselamatan. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Disember 2013

SYARIKAT KESELAMATAN BEKAL SENJATA KEPADA KONGSI GELAP BAKAL HADAPI TINDAKAN



George Town, 12 Dis - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memberi amaran tegas kepada kesemua 125 syarikat kawalan keselamatan di negara ini yang memiliki lesen persenjataan supaya tidak membekalkan senjata mereka kepada kumpulan kongsi gelap.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa syarikat kawalan keselamatan yang membekalkan senjata mereka kepada kumpulan tertentu.

Katanya, pemantau terhadap syarikat kawalan keselamatan tersebut dilakukan dan amaran tegas telah dikeluarkan. 

"Mereka yang terlibat telah dikenal pasti dan saya yakin mereka yang membekalkan senjata mereka kepada kumpulan kongsi gelap akan dikenakan tindakan," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang di sini, hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...