KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Sebuah mesin pengeluaran wang automatik
(ATM) dilarikan sekumpulan perompak dalam kejadian di sebuah kiosk bank di
Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, kira-kira 2.30 pagi ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata kejadian
dipercayai dilakukan dalam tempoh sejam itu hanya disedari oleh orang awam
selepas mendapati berlakunya kebakaran dari kiosk berkenaan sebelum memaklumkan
kepada pihak bomba.
Beliau berkata bomba yang tiba di tempat kejadian pada 4 pagi berjaya memadam
kebakaran, yang dipercayai disengajakan hasil penggunaan alat memotong mesin
menggunakan 'portable oxcytelene'.