Jumaat, 22 Jun 2012

Polis Seberang Perai Selatan tubuh pasukan khas siasat kes baling bom


Gambar hiasan

NIBONG TEBAL: Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) menubuhkan satu pasukan petugas khas menyiasat dua kejadian membaling bom buatan sendiri di Simpang Ampat, baru-baru ini. 

Ketua Polis Daerah, Superitendan Shafien Mamat, berkata polis memandang serius kejadian itu dan bimbang ia akan berleluasa.
Katanya, berdasarkan siasatan awal di tempat kejadian, bahan yang digunakan dalam dua kes itu adalah berbeza dan dipercayai dilakukan pihak berasingan.
"Bahan yang digunakan itu dihantar ke unit forensik untuk siasatan lanjut dan hasil ujiannya akan diketahui dalam tempoh terdekat," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. 

Khamis, 21 Jun 2012

13 motosikal terbakar di Flat PPR Sungai Bonus


KUALA LUMPUR 21 Jun - Sebanyak 13 motosikal dilaporkan hangus terbakar di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus di sini awal pagi tadi yang dipercayai akibat perbuatan khianat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Suki Annuar berkata, kejadian berlaku kira-kira 3.45 pagi dan pihak bomba yang menerima maklumat dari orang awam tiba lima minit kemudian.

"Kita berjaya mengawal kebakaran dalam masa 10 minit dengan kekuatan satu jentera bomba bersama tujuh anggota," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata motif sebenar kejadian dan anggaran kerugian masih lagi disiasat. - BERNAMA

Wanita tipu pelaburan emas Internet dikehendaki


BATU PAHAT 20 Jun - Polis sedang memburu seorang wanita yang merupakan pengurus sebuah syarikat perunding bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan saham emas melibatkan penggunaan Internet.

Antara mereka yang menjadi mangsa ialah seorang ahli perniagaan lelaki dalam bidang pembekalan bahan binaan berusia 38 tahun yang mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM50,000.

Wanita tersebut, Rimaliza Mustafa, 28, beralamat di Klang, Selangor dipercayai menawarkan khidmat pelaburan tersebut di Internet dengan menggunakan alamat di Taman Seri Mahkota, Pahang.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, dalam kes penipuan terhadap ahli perniagaan itu, mangsa melayari laman web syarikat tersebut pada Oktober lalu dan tertarik dengan tawaran disiarkan.

Pemilik butik dipercayai dibunuh dijumpai didalam longkang


Hanya hiasan

SUNGAI PETANI: Mayat seorang wanita, dipercayai dibunuh, ditemui dalam keadaan terlentang di atas sebuah motosikal dalam longkang di tepi Jalan Persiaran Ambangan Heights berhampiran Kompleks Mahkamah Sungai Petani, di sini hari ini. 

Mayat M Revathi, 23, pemilik butik perkahwinan Rakshata Bridal House di Taman Ria di sini, ditemui pada jam 7.30 pagi oleh orang ramai dalam keadaan lengkap berpakaian dan dengan kesan kecederaan parah di leher dan dada.
Bapa saudara wanita itu, N Subrayam, 53, berkata Revathi tidak pulang ke rumahnya di Taman Arked sejak malam tadi dan anggota keluarga melancarkan gerakan mencarinya.

Rabu, 20 Jun 2012

Remaja perempuan dituduh cuba bunuh ibu


AZIZAH Isa menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

KUALA PILAH 19 Jun - Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun bersama sepupunya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan cuba membunuh ibu remaja tersebut dengan mengelar leher wanita itu dengan sebilah pisau di Pasar Gemencheh, Tampin, minggu lalu.

Gadis tersebut bersama sepupunya, Nor Haslinda Mohd. Yunus, 26, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa mengelar leher Azizah Isa, 50, dengan sebilah pisau hingga menyebabkan kecederaan terhadap mangsa di depan Pasar Gemencheh, Tampin pada pukul 5.15 petang, 11 Jun lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...