Isnin, 3 Jun 2013

Lelaki warga Myanmar maut ditetak 10 lelaki

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Myanmar maut akibat ditetak dalam kejadian di Jalan Merdeka Ria 3, Kampung Baru Ampang di sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md. Nazri Zawawi berkata, kejadian berlaku pukul 7.30 pagi ketika mangsa yang bekerja di sebuah premis mencuci kereta, sedang tidur di premis tempat kerjanya.
"Siasatan awal mendapati mangsa yang berusia lewat 20-an itu diserang sekumpulan lebih 10 lelaki bersenjatakan parang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurutnya, polis menerima panggilan menyatakan ada pergaduhan, dan apabila tiba di lokasi kejadian polis menemui mayat mangsa dalam keadaan meniarap kira-kira 100 meter daripada tempat dia diserang.
"Polis percaya mangsa mati akibat terkena satu tetakan masing-masing di bahagian leher, rusuk dan bahagian belakang badan," katanya. - Bernama



Lelaki Indonesia ditemui mati dengan perut terburai

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR 3 Jun - Mayat seorang lelaki Indonesia ditemui dalam keadaan yang mengerikan dengan perutnya terburai dipercayai dibunuh di Jalan Residen Utama, Desa Park City di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 petang itu, lelaki berusia 30-an berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian selepas perutnya dirobek dan luka di bibir, dagu serta belakang badan.

Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai pekerja elektrikal dengan sebuah syarikat sub kontrak dalam perjalanan pulang ke rumahnya kira-kira satu kilometer dari tempat kerjanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supritendan Othman Abu Bakar berkata, mangsa dipercayai diserang dua lelaki senegara menggunakan kerambit.

``Senjata itu digunakan berdasarkan penemuan sarung yang ditemui tidak jauh dari mayat mangsa,’’ katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Ahad, 2 Jun 2013

POLIS KENAL PASTI DALAN RED BEAN ARMY


POLIS KENAL PASTI DALAN RED BEAN ARMY : Polis telah mengenal pasti identity beberapa individu bertanggungjawab merancang menggulingkan kerajaan menerusi pergerakan pasukan tentera siber Red Bean Army.

Menurut sumber, sebanyak 30 individu telah dikesan menjadi orang upahan pihak pembangkang untuk melancarkan serangan ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi blog, laman social dan YouTube.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

JANGAN SEBAR BERITA PALSU MENGENAI KEMATIAN TAHANAN DI TAMPIN


Seremban, 2 Jun - Polis meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita palsu mengenai kematian seorang tahanan di lokap Balai Polis Tampin, dekat sini lewat petang semalam.

Ketua Polis Negeri Datuk Osman Salleh berkata, kejadian itu masih dalam siasatan dan menafikan ia ada kaitan dengan unsur jenayah sama ada mangsa dipukul atau didera. 

"Dalam Twitter contohnya kita dapati banyak spekulasi dibuat mengenai kematian tahanan tersebut dan menuduh kejadian itu adalah angkara polis. Ini sebenarnya tidak adil kepada polis. 

"Ini adalah 'straight forward case' di mana pihak Hospital Tampin sendiri yang membuat pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati tidak ada kesan kecederaan seperti luka atau lebam pada badan mangsa," katanya dalam sidang media di sini hari ini. 

ENAM LAPORAN POLIS ISU HINA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG:

Kenyataan oleh Polis Kuala Lumpur ekoran enam laporan polis yang diterima berkaitan isu penghinaan terhadap Seri Paduka baginda Yang Dipertuan Agong.  Kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) (B) Akta Hasutan 1948.
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS KUALA LUMPUR

POLIS KUALA LUMPUR TELAH MENERIMA ENAM LAPORAN BERKAITAN ISU PENGHINAAN TERHADAP SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG. KESEMUA LAPORAN POLIS DIBUAT DI BALAI POLIS DANG WANGI, KUALA LUMPUR DAN DITERIMA DARIPADA INDIVIDU YANG MEWAKILI ENAM BUAH PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO).

WAKIL-WAKIL NGO INI TELAH MEMBACA LAMAN FACEBOOK ATAS AKAUN NAMA SEORANG WANITA YANG TELAH MENGELUARKAN KOMEN MENGHINA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG DAN BERKECENDERUNGAN MENGHASUT. KES INI DISIASAT DI BAWAH SEKSYEN 4 (1) (b) AKTA HASUTAN 1948.

POLIS KUALA LUMPUR MENASIHATKAN ORANG RAMAI AGAR MENGHORMATI UNDANG-UNDANG NEGARA DEMI MEMELIHARA KEHARMONIAN SEJAGAT DAN TIDAK AKAN TERAGAK-AGAK MENGAMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA KE ATAS MANA-MANA PIHAK YANG CUBA MENGGANGU-GUGAT KESELAMATAN NEGARA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...