Ahad, 10 Ogos 2014

#Jenayah Kekerasan; Polis selamatkan lelaki daripada ditetak

Gambar hiasan
Ipoh: Seorang lelaki berusia 42 tahun nyaris maut bila diserang seorang suspek bersenjatakan parang di pasar Pasir Pinji, di sini, pagi ini.

Bagaimanapun mangsa dapat diselamatkan segera oleh seorang anggota polis yang sedang meronda pada 10 pagi di kawasan tempat letak motosikal di pasar berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata anggota polis itu bertindak pantas menyelamatkannya ketika mangsa sedang ditetak beberapa kali oleh suspek berusia 50-an.

Sabtu, 9 Ogos 2014

MAKMAL MINI DI KG SURA HUJUNG, DUNGUN DISERBU


TELUK LIPAT - Polis narkotik Dungun berjaya menahan seorang pengedar dan merampas dadah jenis methampethamine (pil kuda) dalam satu serbuan di sebuah rumah, dekat sini, pagi kelmarin.

Kegiatan suspek yang tidak bekerja itu terbongkar selepas polis menerima maklumat rumah berkenaan sering menjadi tumpuan individu mencurigakan.

Bertindak atas maklumat risikan, polis melancarkan operasi menyerbu lokasi terbabit kira-kira jam 12 tengah hari, kelmarin.

#Jenayah Kekerasan: Peniaga kedai runcit disamun 'pelanggan'

Gambar hiasan

SETIU - Seorang peniaga kedai runcit kerugian lebih RM2,000 selepas disamun dua lelaki bersenjatakan sebilah pisau, yang berpura-pura sebagai pelanggan dalam kejadian di sebuah kedai di Kampung Guntung Luar, di sini, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4 petang ketika wanita berusia 27 tahun itu berada di dalam kedai.

Menurut sumber, suspek berpura-pura memilih barangan sebaik masuk ke dalam kedai berkenaan, sebelum memanggil mangsa kononnya untuk membuat pembayaran.

Jumaat, 8 Ogos 2014

Sarjan Polis Mengaku Tidak Bersalah Minta, Terima Rasuah


KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima dan meminta rasuah daripada seorang ahli perniagaan.

Sarjan Muhamad Sofri Talib, 35, bertugas di Balai Polis Dang Wangi, di sini dituduh melakukan kesalahan itu sebagai dorongan melepaskan anak lelaki ahli perniagaan itu yang ditangkap mengikut Seksyen 324a (menyebabkan kecederaan) dan Seksyen 427 (melakukan khianat) Kanun Keseksaan, dengan ikat jamin polis dan menutup kertas siasatan.

EMPAT SURI RUMAH KERUGIAN RM30,000 DIPERDAYA DUA WANITA


TANGKAK, 7 Ogos (Bernama) -- Empat suri rumah kerugian RM30,000 setelah diperdaya dengan peluang pekerjaan oleh dua wanita sebelum melarikan pelbagai barangan berharga daripada mereka di Kampung Parit Kasan, Bukit Gambir di sini petang semalam.

Mereka sebelum itu ditawarkan peluang kerja mengopek ikan bilis dan membungkus bonjot sup dengan upah RM10 setiap kilogram dan akan dibekalkan barangan seberat 20 kilogram setiap seorang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...