Sabtu, 16 Ogos 2014

Empat Pelajar Disyaki Terbabit Gengsterisme Ditahan


GEORGE TOWN: Empat pelajar dari beberapa sekolah menengah di sini ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes peras ugut dan membelasah pelajar lain.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mereka yang berusia antara 15 dan 18 tahun ditahan di Persiaran Tembaga dan Jalan Sungai Dua pada Rabu lepas juga disyaki menganggotai pertubuhan kongsi gelap.

"Tiga daripada mereka ditahan reman selama empat hari manakala seorang lagi dibeb
askan dengan jaminan polis kerana dia perlu menduduki ujian di sekolahnya hari ini," katanya kepada pemberita malam Khamis.

Pelajar Dikurung Dan Dipukul


BESUT: Seorang pelajar lelaki dari Kolej Vokasional Besut mendakwa dikurung empat lelaki yang dikenalinya di sebuah rumah di kawasan perumahan di Bandar Jerteh pada Isnin lalu.

Semasa dikurung, mangsa yang berumur 16 tahun dan berasal dari Kampung Pengkalan Nangka, Kuala Besut mendakwa telah digari kedua-dua belah tangannya sebelum dipukul dengan kayu pemukul bola besbol di kaki, perut dan tengkuk hingga cedera.

Jumaat, 15 Ogos 2014

Warga Asing Larikan Cincin Berlian RM1.2 Juta


KUALA LUMPUR: Sebuah kedai emas di sebuah pusat membeli-belah di Bukit Bintang di sini mendakwa kerugian RM1.2 juta selepas dua lelaki melarikan sebentuk cincin berlian di kedai berkenaan, Khamis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, SAC Zainuddin Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, dua suspek lelaki dipercayai warga asing memasuki premis berkenaan kononnya untuk membeli cincin.



Ketika kejadian, seorang pekerja kedai emas itu telah mengeluarkan satu dulang yang mengandungi 19 bentuk cincin.

"Menurut pekerja kedai emas itu, dia hanya menyedari kehilangan sebentuk cincin berlian berkenaan selepas kedua-dua suspek beredar setelah kira-kira lima minit membelek cincin terbabit," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pekerja kedai emas itu mendapati seorang daripada dua suspek berkenaan telah mengambil cincin berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dalam bangunan.


Bunuh Pegawai AmBank: Warga Indonesia Dihukum Gantung Sampai Mati


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, pada Khamis menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas bekas pengawal keselamatan AmBank, La Ode Ardi Rasila selepas didapati bersalah membunuh pegawai bank, Norazita Abu Talib, tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 

Polis Kenal Pasti, Buru Suspek Pindah Wang Bank Mangsa MH370


PUTRAJAYA: Polis berjaya mengenal pasti beberapa suspek yang terbabit dalam memindah dan mengeluarkan wang dari akaun bank mangsa pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata polis percaya kegiatan itu membabitkan orang di dalam bank berkenaan dan mereka kini sedang diburu. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...