Selasa, 9 September 2014

Suspek ditahan bersama dua bom kawalan jauh


Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang dikehendaki polis bersabit kes jenayah lampau ditahan bersama dua butir bom kawalan jauh buatan sendiri di Taman Usahawan, Kepong di sini, semalam.

Dalam kejadian pada jam 1.30 petang itu, suspek berusia 30-an yang mempunyai sembilan rekod kesalahan lampau turut mencederakan seorang anggota polis yang cuba menahannya.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pemeriksaan lanjut turut menemui sebutir bom asap, sepucuk pistol tiruan dan sebilah pisau di dalam kenderaan suspek.

Mat Atim Penjenayah paling dikehendaki ditembak mati


KOTA BHARU - Seorang penjenayah paling dikehendaki polis berhubung beberapa kes bunuh di negeri ini akhirnya ditembak mati di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Banggol Telipot, Pasir Puteh, awal pagi tadi.

Mat Atim atau nama sebenarnya Hatim Mohd Zain, 25, mati di tempat kejadian selepas terkena beberapa das tembakan dilepaskan pihak polis.

Turut mati di tempat kejadian, rakan Mat Atim, Mohamad Hafiz Saupi juga berusia 25 tahun dan dipercayai seorang pengedar dadah.

Isnin, 8 September 2014

Akta Hasutan tak akan dimansuh dalam masa terdekat


JOHOR BAHRU: Kerajaan tidak akan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dalam masa terdekat walaupun mendapat desakan sesetengah pihak supaya akta tersebut dihapuskan segera, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Beliau berkata akta itu masih penting dalam menjaga keselamatan, keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini memandangkan kerajaan memerlukan masa dan kajian terperinci dalam merangka draf Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan.

"Memang Perdana Menteri sudah menyatakan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 tetapi kerajaan tidak akan memansuhnya sehingga ada akta gantian.

"Setakat ini kita belum merangka draf Rang Undang-undang Keharmonian Nasional yang akan menggantikan Akta Hasutan 1948 walaupun ada pihak mendakwa kita sudah merangkanya dan akan dibentang (di Parlimen) tahun depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar literasi undang-undang "Wanita Bistari Masyarakat Bahagia" di sini hari ini.

'Cinta Internet' 1, 750 Rugi RM68 Juta Jadi Mangsa


SERAMAI 1,750 rakyat di negara ini menjadi mangsa penipuan 'cinta Internet' (Klik) membabitkan kerugian RM68.3 juta sejak Januari 2013.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene berkata, kebanyakan mangsa terdiri daripada kalangan wanita.

"(Pada 2013) seramai 750 mangsa adalah wanita manakala 345 lagi terdiri daripada golongan lelaki," katanya kepada pemberita di Bukit Aman.

Ahad, 7 September 2014

AWAS: PENIPUAN SMS 'LUCKY DRAW'


SCAM ALERT : ‘Lucky Draw’ adalah satu lagi taktik penipuan yang disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan mudah daripada orang ramai.

Anda dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dan berhati-hati apabila menerima sebarang sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dari mana-mana pihak yang menyatakan anda adalah orang yang bertuah dan telah memenangi sejumlah wang, barangan dan percutian dalam peraduan ‘Lucky Draw’. 

Modus operandi mereka adalah : 

1.Mangsa menerima SMS yang menyatakan bahawa beliau telah memenangi peraduan ‘Lucky Draw’ dari luar negara.

2.Mangsa dikehendaki berhubung dengan suspek untuk keterangan lanjut.

3.Mangsa kemudian diarahkan memasukkan wang tunai ke akaun suspek sebagai wang cagaran.

4.Suspek memberi jaminan palsu bahawa hadiah wang tunai yang dimenangi akan dimasukkan ke dalam akaun mangsa dan terus menghilangkan diri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...