Khamis, 8 Oktober 2015

Bom dibeli dari Thailand untuk letup pasangan suami isteri

KOTA BHARU 8 Okt. –

Bom yang dibeli dari Thailand dipercayai telah digunakan seorang pemuda bagi membunuh pasangan suami isteri di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kampung Pulai, Gua Musang, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, siasatan awal terhadap anak angkat mangsa itu mendapati bom berkenaan telah dibeli di negara jiran dengan harga RM300.

“Daripada hasil siasatan awal juga, kita mendapati suspek berusia 27 tahun itu telah memasang bom tersebut di motosikal berkenaan sejak tiga hari lalu (sebelum kejadian).

Isnin, 5 Oktober 2015

PENDEKATAN "COUNTER NARRATIVE" PERLU DILAKUKAN UNTUK TANGANI IS

Agensi yang berkaitan dalam kerajaan perlu proaktif menggunakan pendekatan "counter narrative" untuk mengekang pengaruh Kumpulan Negara Islam (IS) dalam laman sosial terutama terhadap golongan muda dan pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini.
Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Dato' Ayub Khan Mydin Pitchay berkata ini kerana kumpulan IS menggunakan platform media sosial untuk menyebarkan mesej mereka, memberi inspirasi kepada pengikut dan merekrut anggota baru.

ANGGOTA TRAFIK DIREMPUH TIGA KALI OLEH PENJENAYAH

Gambar hiasan
Seorang anggota Trafik nekad menahan kesakitan selepas dirempuh tiga kali dengan motosikal jenis skuter oleh penjenayah dalam cubaan mereka melarikan diri berhampiran Jalan Pudu, Kuala Lumpur.
Lan Koperal M. Selvam yang pada mulanya sedang melakukan rondaan Trafik telah terserempak dengan sepasang penjenayah yang dalam cubaan untuk mencuri sebuah kenderaan telah bertindak menyoal siasat salah seorang suspek dengan memintanya menyerahkan kad pengenalan untuk dibuat semakan.

Rabu, 30 September 2015

Video: Empat Perompak Larikan Barang Kemas


BUTTERWORTH: Empat perompak yang memakai jaket hitam dan menutup muka mereka dengan helmet berjaya melarikan diri bersama beberapa dulang barang kemas dalam insiden rompakan di sebuah kedai emas di Jalan Medan Kurau 1, Taman Chai Leng di sini.

Difahamkan, perompak tersebut tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari Selasa dengan menggunakan dua motosikal.
Tiga daripada suspek meluru masuk ke dalam kedai emas tersebut.
Dua suspek bersenjatakan tukul besi.
Mereka memecah panel kaca untuk mengambil barang kemas tersebut manakala seorang lagi bersenjatakan sepucuk pistol membantu dua suspek itu dari dalam kedai tersebut.
Suspek keempat menunggu di luar kedai emas terbabit dengan dua senjata di tangannya.

ALFATIHAH BUAT POLIS CILIK - FARIS DANISH AKASHA

Seluruh warga PDRM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham adik Faris Danish Akasha Bin Fauzi di atas kehilangan anak tercinta dan semoga sentiasa cekal dalam menghadapi dugaan mendatang.
Adik Faris, 9 tahun yang menghidap kanser pernah menyuarakan cita-citanya untuk menjadi seorang pegawai polis dan hasratnya telah direalisasikan oleh Ketua Polis Negara dalam satu program lawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Program khas yang menjadikan adik Faris sebagai pegawai polis telah diadakan pada 29 Mei 2015.
Adik Faris telah kembali ke rahmatullah pada pagi semalam dan telah dikebumikan di Bandar Sunway, Selangor.
ALFATIHAH, semoga adik Faris tenang di sana dan bersama para syuhada.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...