PUTRAJAYA: Polis pada
Sabtu mengesahkan serbuk putih yang disyaki berbahaya yang dihantar menggunakan
kiriman pos laju ke pejabat Menteri Kesihatan semalam merupakan serbuk Vitamin
C.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP
Rosly Hassan berkata pengesahan itu dibuat berdasarkan keputusan ujian yang
dilakukan Makmal Penyelidikan Bomba di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.
"Saya mengesahkan analisa
yang dibuat ke atas serbuk putih yang membuatkan warga Kementerian Kesihatan
gempar semalam ialah ascorbic acid atau vitamin larut air iaitu Vitamin C dan
ia tidak berbahaya," katanya ketika dihubungi.




