JITRA – Tiga penjenayah melarikan wang tunai kira-kira
RM300,000 selepas meletupkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM)
Bank Simpanan Nasional (BSN) di Pekan Jitra 1 di sini menggunakan bom paip
buatan sendiri.
Dalam kejadian pukul 5 pagi semalam, kumpulan
penjenayah tersebut mengambil masa hanya dua minit untuk mengumpil dan
meletupkan mesin ATM tersebut.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd.
Rahim Abdullah berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati hanya sebuah
mesin ATM dirompak manakala sebuah lagi mesin ATM dan mesin deposit tunai (CDM)
tidak diusik.




