Ahad, 12 Jun 2016

Kes rogol Pulau Tioman, tiada yang akan terlepas

Timbalan Perdana Menteri berkata pihaknya akan memastikan tiada sebarang unsur 'cover up' dalam kes-kes jenayah yang membabitkan pegawai kerajaan, termasuk dalam kes seorang gadis yang didakwa dirogol dan didera secara seksual di Pulau Tioman.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan memastikan tiada sesiapa yang akan terlepas dari dikenakan tindakan sekiranya terdapat bukti jelas mereka melakukan jenayah.

"Saya akan memastikan
tiada sesiapa juga termasuk pegawai kerajaan yang terlepas dari sebarang tindakan.

Jumaat, 10 Jun 2016

Sabotaj MyIMMs: Lagi Lima Pegawai Imigresen Ditahan

KUALA LUMPUR: Lima pegawai Jabatan Imigresen ditahan polis semalam kerana disyaki mensabotaj pelaksanaan Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua mereka ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang bagi membantu siasatan.
Beliau berkata operasi untuk mengesan mereka yang terlibat dalam kegiatan mensabotaj sistem myIMMs akan diteruskan.
"Polis juga ada merampas beberapa barang mereka antaranya dokumen  dan siasatan akan diteruskan," katanya yang enggan mengulas lanjut perkara itu.

Suami Isteri Ditahan, Dadah Bernilai RM17,000 Dirampas

DUNGUN: Sepasang suami isteri dan seorang pemuda diberkas bersama pelbagai jenis dadah yang bernilai hampir RM17,000 pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata ketiga-tiga mereka ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Bandar Bukit Besi kira-kira pukul 9.30 pagi.
Katanya hasil pemeriksaan di bahagian ruang tamu, pihaknya mengesan seorang lelaki berusia 31 tahun dan menjumpai serbuk putih dipercayai syabu kira-kira 8.8 gram bersamanya.
"Pemeriksaan lanjut di bilik bahagian dapur rumah tersebut kita menemui pasangan suami isteri berkenaan...kita juga terpaksa memecahkan pintu bilik tersebut ekoran penghuni enggan membuka pintu," katanya.

Ahad, 5 Jun 2016

3 Anggota AADK Ditahan Disyaki Minta Rasuah

KANGAR: Tiga anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perlis berusia 30-an ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi kerana disyaki meminta suapan. 

Pengarah SPRM Perlis, Yaacop Angah, berkata ketiga-tiga anggota AADK itu didakwa meminta suapan ketika menahan dua individu dalam melalui operasi yang mereka sertai pada Mac lalu. 

Jenayah membabitkan pelajar sekolah kini semakin berleluasa

KUALA LUMPUR: Jenayah membabitkan pelajar sekolah kini semakin berleluasa, termasuk melakukan peras ugut, kata Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy. 

Selain peras ugut, pelajar juga, katanya, sering terbabit dalam perbuatan vandalisme yang merosakkan harta benda dan kemudahan awam, selain menipu dan mencuri. Beliau berkata, walaupun kes jenayah juvana masih rendah berbanding jenayah dewasa, ia harus dikekang dari awal bagi mengelak masalah yang lebih besar pada masa akan datang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...