Selasa, 1 Ogos 2017

6 pegawai kastam disyaki pengedar dadah

Gambar hiasan
ENAM pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan kelmarin dan semalam kerana disyaki terbabit dengan Geng 360 Devan.
Difahamkan, semua suspek ditahan di lokasi berbeza sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurut sumber, semua suspek ditahan selepas dipercayai terbabit dengan pengedaran dadah untuk geng itu.

"Kesemua suspek direman 28 hari mengikut Seksyen 4 (5) Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
"Mereka ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan kini ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Selangor,” katanya.
Sementara itu, Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.
"Kes ini masih dalam siasatan,” katanya.

Sumber: KLIK DISINI

Isnin, 31 Julai 2017

Inspektor ditahan terima rasuah bebaskan suspek culik

SHAH ALAM: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ditahan kerana disyaki menerima rasuah bagi membebaskan seorang suspek kes culik, Khamis lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad, berkata pegawai berkenaan yang berusia 32 tahun bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah di Gombak.
"Dia kini direman seminggu hingga 3 Ogos depan dan ditahan mengikut Seksyen 17, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Fadzil berkata, jumlah wang yang diterima pegawai berkenaan masih dalam siasatan.
Januari lalu, polis menahan lima warga tempatan berusia antara 22 hingga 35 tahun selepas didapati terbabit menculik seorang pengurus syarikat pemborong runcit dan pengangkutan berusia 33 tahun di Bandar Country Homes, Rawang.
Polis juga berjaya menemui wang tebusan berjumlah RM300,000 yang diminta suspek dari keluarga mangsa.

Sumber: KLIK DISINI

Sabtu, 29 Julai 2017

Benjy Dicekup Sembunyi Dadah Dalam Dubur

PETALING JAYA: Selepas beberapa kali dihadapkan ke mahkamah kerana memiliki dadah, pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy sekali lagi ditahan bagi kesalahan yang sama pada Selasa lalu.

Kali ini anak kepada pelakon terkenal, Allahyarham Azean Irdawaty itu ditahan di Lapangan Terbang Kuala Namu, Medan, Sumatera Utara.

Menurut laporan detik.com, Ketua Jabatan Kastam, Zaky Firmansayah mengesahkan mengenai penangkapan berkenaan.

"Setelah pemeriksaan dilakukan, kami menemui dua bungkus dadah jenis syabu seberat 14 gram yang disembunyikan di dalam duburnya," kata Zaky.

Menurut Zaky, Benjy tiba ke Medan menaiki pesawat Malindo Air pada Selasa malam.

Pihak berkuasa dimaklumkan bahawa Benjy mengaku membeli dadah itu dari seseorang di Kuala Lumpur.

Pada April 2016 Benjy, 39, dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Muar atas tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 28.99 gram.

Baca lebih lanjut di KLIK DISINI



Jumaat, 21 Julai 2017

Polis, Wanita Vietnam Ditemui Mati Dengan Kesan Tembak

PETALING JAYA: Seorang anggota polis dan seorang wanita warga Vietnam ditemui mati di bilik sewa di Taman Bukit Ria, Cheras pada Jumaat.

Koperal Ng Jun Ming, 25, yang merupakan anggota dari Bahagian Siasatan Khas Bukit Aman ditemui terbaring di atas tilam di bilik utama pada pukul 10.30 pagi.

Dia ditemui bersebelahan mayat seorang wanita sambil memegang pistol semi-automatik, dikenal pasti sebagai Vo Thi Duyen.

Kedua-dua mayat ditemui dengan kesan tembakan di kepala.

Terdahulu, abang Jun Ming menghubungi rakan setugas adiknya selepas dia tidak dapat dihubungi sejak tiga hari lalu dan meminta untuk memeriksanya di rumah.

Tiga rakan setugasnya kemudian datang ke rumah sebelum menemui mayat Jun Ming.


Baca lebih lanjut di KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...