Ahad, 17 Mac 2019

POLIS ADA PETUNJUK DALANG PENCEMARAN SUNGAI KIM KIM


PASIR GUDANG: Polis sudah memiliki PETUNJUK BAGI MEMBERKAS SUSPEK UTAMA terbabit dengan pencemaran Sungai Kim Kim di sini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Beliau berkata, pihaknya kini sedang memperhebat usaha mengesan dan memberkas suspek berkenaan.
Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan perkara itu secara terperinci kerana masih dalam siasatan dan operasi pihak polis.
“Polis ada petunjuk agak jelas dan usaha mengesan (suspek) kini diperhebat, kami harap orang ramai memberi kerjasama termasuk mengawal aspek keselamatan.
“Sebanyak sembilan lokasi sekatan jalan raya dibuat sekitar Pasir Gudang dengan menempatkan tiga platun membabitkan 150 anggota.
“Lori yang berkaitan juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan tertentu bagi perkara ini (pencemaran) berulang,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Rawatan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.
Mohamad Fuzi berkata, sejak pencemaran Sungai Kim Kim mula berlaku pada 7 Mac lalu, sebanyak 76 laporan polis diterima setakat tengah hari tadi.
“Laporan dibuat mangsa dan keluarga mangsa berhubung pencemaran udara di Pasir Gudang dan jumlah (laporan) dijangka terus meningkat,” katanya.
Rujukan: KLIK DISINI

Sabtu, 9 Mac 2019

TAHNIAH PDRM AMBIL TINDAKAN TEGAS KEPADA PENGHINA NABI MUHAMMAD


KUALA LUMPUR – Pemilik akaun FACEBOOK ‘AYEA YEA’ dijatuhi hukuman 10 tahun dan 10 bulan penjara selepas mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau.

Hukuman ke atasnya diperintah dilaksanakan secara berasingan.

Ayea Yea didakwa di Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Sekyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM).

Manakala PEMILIK AKAUN TWITTER @ ALVIBCHOW333 pula mengaku tidak bersalah terhadap lapan pertuduhan yang dibacakan ke atasnya.

Beliau juga didakwa di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, 505(C) dan Seksyen 233 AKMM.

Tertuduh tidak ditawarkan jaminan dan kes disebut semula pada 5 April ini.

Dua tertuduh itu merupakan empat pemilik akaun media sosial yang didakwa di mahkamah kerana menghina agama Islam dan Nabi Muhammad.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pertuduhan terhadap mereka dibuat mengikut beberapa peruntukan iaitu di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Selain itu, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kenyatan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapikan atau mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain.

Sekyen 233 AKMM1988, penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

Seorang lagi, DANNY A’ANTONIO JR. juga telah didakwa di bawah Seksyen 298A dan Seksyen AKMM dan tertuduh tidak mengaku bersalah.

Dia tidak ditawarkan jaminan dan sebutan kes ditetapkan pada 5 April ini.

YAZID KONG pula mengaku bersalah apabila didakwa di bawah pertuduhan yang sama dan hukuman ke atasnya akan ditentukan pada 11 Mac ini. – MalaysiaGazette

Jumaat, 22 Februari 2019

PDRM NAFI BERITA PALSU KES PENJUALAN ORGAN


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan mesej tular di aplikasi WhatsApp yang mendakwa seorang lelaki bernama Mohd. Faris Farhan Akhlaken Ahmad dikehendaki kerana aktif dalam kegiatan penjualan organ manusia serta perogol bersiri di negara ini dan sempadan Thailand.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, mesej yang dibuat atas namanya itu adalah palsu dan
pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan mesej tersebut dengan menokok tambah gambar-gambar bagi mensesasikan lagi berita palsu tersebut.

“PDRM ingin mengesahkan bahawa mesej tular itu adalah tidak benar dan TELAH DIULANG SIAR BEBERAPA KALI SEJAK TAHUN 2014 lagi bagi tujuan membangkitkan kegusaran dan ketakutan tanpa asas dalam kalangan orang ramai.“Kita tidak pernah menerima sebarang maklumat sahih atau laporan polis berkaitan kejadian penculikan untuk tujuan penjualan organ di negara ini. 

Sebarang kenyataan rasmi hanya akan dibuat melalui saluran serta format rasmi dan bukannya menerusi aplikasi WhatsApp,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Asmawati turut menasihatkan masyarakat supaya tidak mudah percaya dengan berita-berita sensasi yang tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya.

“Sebarang tindakan berkongsi atau menyebar berita-berita tersebut hanya akan menimbulkan keresahan dan kebimbangan masyarakat. Orang awam sepatutnya menghubungi pihak berwajib untuk mendapatkan kepastian dan elakkan diri daripada menjadi sebahagian kepada punca tularnya berita-berita palsu,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: KLIK DISINI  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Sabtu, 2 Februari 2019

1MASJID 1POLIS DI SELURUH NEGARA MULAI MAC - PENGARAH JPJKK


KUALA LUMPUR: PROGRAM 1MASJID 1POLIS (1M1P) akan diperluas ke seluruh negara Mac ini dalam usaha mengekang kejadian jenayah dan memastikan kawasan rumah ibadat itu selamat.
Pada masa ini sejumlah 6,047 masjid yang didaftar di bawah Majlis Agama Islam Terengganu dan Pahang sudah melaksanakan program itu sejak 2012.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Rosli Ab Rahman, berkata pihaknya akan melantik pegawai perhubungan di setiap masjid dan menyediakan peti lawatan polis bagi memastikan kehadiran polis sentiasa disedari.
Polis juga akan mewujudkan satu ruangan pada papan notis masjid untuk memuatkan maklumat dan berita tentang kepolisan.
“S​​​​​etakat ini 1M1P dilihat berjaya mengekang jenayah seperti kes curi wang tabung dan curi motosikal di kawasan masjid, katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama baru-baru ini.

Khamis, 6 Disember 2018

TAHNIAH & SYABAS DSP ADLI: CIPTA BOT AMFIBIA BANTU MANGSA BANJIR


HULU TERENGGANU - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu BERJAYA MEREKA CIPTA BOT AMFIBIA yang mampu bergerak di daratan dan air untuk kegunaan pada musim banjir tidak lama lagi.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, bot amfibia yang diberi nama 'AMFIBIA QBER' tersebut merupakan inovasi Kumpulan Inovatif Kreatif IPD Hulu Terengganu diketuai Ketua Polis Daerahnya, DEPUTI SUPERINTENDAN MOHD. ADLI MAT DAUD.Beliau berkata, Amfibia Qber itu merupakan bot amfibia bagi kegunaan musim banjir milik Polis Diraja Malaysia YANG PERTAMA DI NEGARA INI.

"Inovasi tersebut tercetus bagi mengatasi masalah laluan utama di daerah ini yang sering ditenggelami banjir sehingga menyukarkan proses penyelamatan mangsa dan penghantaran bantuan pada setiap musim tengkujuh.

"Bot amfibia berkenaan yang disiapkan dalam tempoh sebulan bermula 1 November lalu DIPERBUAT DARIPADA BARANGAN TERPAKAI seperti enjin motosikal  Honda EX5 terpakai dengan kos RM11,500," katanya selepas melancarkan Amfibia Qber berkenaan di Jeti Kampung Dusun, Kuala Berang di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pelaksanaan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Datuk Azizan Abu Taat dan Mohd. Adli.

Rujukan: KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...