Khamis, 16 Mei 2019

AMANAT KETUA POLIS NEGARA BARU YANG CUKUP MANTAP



Selamat pagi YDH TUAN PPZ dan semua PEG ZON. Berikut adalah amanat KPN melalui Dato DD2 kepada semua warga NARKOTIK:

1) KPN memang sudah pencen, tetapi atas kehendak Tun Mahathir masih nak beliau jadi KPN PDRM.

2) MENGENAI LAWATAN KE BALAI2, KPN janji bukan nak cari masalah , sebaliknya ingin tahu apa2 masalah yg dihadapi oleh Pegawai dan angguta di bawah.

3) LEARN HOW TO SAY NO, jangan susahkan orang lain.

4) Tingkatkan INTERGRITI , elak dari terlibat aktiviti haram, gengsterizem dan sindikit dadah. HAPUSKAN RASUAH.

5) ISU IPCMC- telah lama di negara maju. Melalui IPCMC ini polis boleh ambil peluang untuk tingkatkan kebajikan, gaji PDRM.

6) Banyak kelemahan kita terdedah di kalangan rakyat. CONTOH: ramai2 Pegawai dan angguta yg terlibat kes2 jenayah dan dadah MASIH TIDAK DIBUANG KERJA. Kegagalan pihak jabatan jip. Contoh banyak kes indek jenayah kita tak buka IP . Isu2 Pegawai dan angguta PDRM marah2 saksi polis, gaya hidup mewah dan tunjuk2 kepada orang awam.

7) PDRM masih bernasib baik sebab kerajaan baru masih hendak tunduk kepada PDRM dengan adakan wakil polis dan wakil SPP dalam IPCMC .

8) Jamuan raya tak perlu buat besar2. Sesiapa yg cuti raya balik raya tak perlu lagi raya pertama bersama KPN , KP dan OCPD. Sepatutnya raya pertama bersama keluarga atau di kubur IbuBapa yg telah meninggal.

 9) Budaya kerja yg membazirkan masa perlu dikurangkan . Contoh Pegawai tinggi turun, persiapan IPK atau IPD bazir di segi masa untuk buat persiapan . TAK PERLU MEWAH2 . Jangan minta sumbangan di luar. Ubah gaya hidup kita.

10) KPN tak suka ramai2 untuk sambut dia. Tugasan untuk trafik dan UTK tak perlu ramai.

11) Budaya memberi dan meminta SILA HENTIKAN.

12) Jangan beri peluang bagi anak buah di bawah untuk pergi kutip wang.

NOTA:  AMANAT KETUA POLIS NEGARA YANG CUKUP RELEVEN DAN TERBAIK UNTUK DIAMALKAN OLEH SETIAP WARGA PDRM, TERUTAMA PIHAK TERTINGGI.  “POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA” baru lah boleh diteruskan demi kesejahteraan, keselamatan Masyarakat serta negara tercinta.  TAHNIAH KPN - DATUK SERI ABDUL HAMID BADOR

Jumaat, 10 Mei 2019

JABATAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDARD PDRM (JIPS) DIBUBAR ???


PUTRAJAYA 10 MEI - KETUA POLIS NEGARA, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) BERPUAS HATI dengan proses perbincangan berhubung penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) hari ini.

Dalam perbincangan yang berjalan lebih sejam itu, jelas beliau, pegawai-pegawainya telah diberi peluang seluas-luasnya untuk memberi pandangan atau menzahirkan rasa tidak puas hati dan pihaknya telah mendapat jawapan jelas serta amat memuaskan hati dari GOVERNANS INTEGRITI DAN ANTI RASUAH NEGARA (GIACC).

PESARA POLIS BANTAH IPCMC - KLIK DISINI

KUALA LUMPUR 4 MEI - PERSATUAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN POLIS BERSARA MALAYSIA (RESPA) AKAN MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN KETUA POLIS NEGARA UNTUK MEMBINCANGKAN MENGENAI ISU PENUBUHAN SURUHANJAYA BEBAS ADUAN DAN SALAH LAKU POLIS (IPCMC).

PRESIDENNYA, TAN SRI MOHD. ISMAIL CHE RUS BERKATA, PERTEMUAN TERSEBUT ADALAH UNTUK MENYUARAKAN KEBIMBANGAN DAN KEPUTUSAN UNTUK MENUBUHKAN IPCMC YANG MENDAPAT REAKSI NEGATIF SEBELUM INI.

IPCMC PERLU DINILAI SEMULA MEMANDANGKAN ADA BEBERAPA LAGI BADAN-BADAN PEMANTAU LAIN SEPERTI SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM), SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA, PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993, BIRO PENGADUAN AWAM DAN LAIN-LAIN.



MOHD. ISMAIL BERKATA, PDRM SENDIRI TURUT MEMPUNYAI JABATAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDARD (JIPS) YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMANTAU ASPEK PERILAKU DAN SALAH LAKU DALAM KALANGAN PEGAWAI DAN ANGGOTA.

TAMBAHNYA, DARIPADA KERAJAAN MEMBAZIRKAN WANG DENGAN MEMBUAT SATU SURUHANJAYA BAHARU, LEBIH BAIK DIPERTINGKATKAN PERANAN DAN FUNGSI BADAN PEMANTAU SEDIA ADA KE TAHAP YANG LEBIH BAIK. - UTUSANONLINE 

“Perkara-perkara yang menjadi kebimbangan di pihak PDRM telah pun diyakinkan oleh GIACC bahawa kekuatiran tersebut jauh meleset. Sebenarnya IPCMC memberi banyak ruang dan peluang kepada PDRM. Ia tidak sekali-kali menghakis atau menghilangkan kuasa yang ada pada PDRM.

“Saya amat bangga dengan kendalian yang ditunjukkan oleh pegawai-pegawai saya yang bangun berhujah dengan penuh tertib dan tidak ada suara-suara melenting apabila mengetengahkan hujah-hujah mereka. Saya amat bersyukur,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Pengarah Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Negara (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, penubuhan IPCMC diteruskan selepas tiada halangan daripada pihak PDRM hari ini.

Beliau berkata, ke arah itu kertas Kabinet tentang penubuhan IPCMC dijangka akan dibentang selepas Hari Raya Aidilfitri.

Pada 2 Mei lalu, Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan sebagai berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi mengemukakan bantahan berhubung beberapa perkara membabitkan penubuhan IPCMC.

Mohamad Fuzi memberitahu, antara perkara yang diusulkan berhubung penubuhan IPCMC, terutamanya menarik kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) di bawah Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan, mendapat bantahan daripada banyak pihak dalam PDRM.

Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan mengatakan bahawa SPP yang dianggotai oleh Menteri Dalam Negeri akan bertanggungjawab atas pelantikan, promosi dan semua isu mengenai tatatertib pegawai polis. - UTUSAN ONLINE


Isnin, 29 April 2019

TOMMY THOMAS PATUT DIPECAT SECEPAT MUNGKIN


KUALA LUMPUR – Agak pelik bagi TOMMY THOMAS YANG DIUAR-UARKAN SEBAGAI PAKAR PERLEMBAGAAN sebelum menjadi Peguam Negara tidak tahu kandungan ucapan rakannya, Dr. Syed Husin Ali pada Forum Awam & Statut Rom pada Sabtu lalu bersifat menghasut.
Lagi pelik apabila Tommy yang dilantik memegang jawatan itu atas perkenan Yang di-Pertuan Agong boleh bersama dalam majlis yang dianggap sebagai jenayah terhadap Raja-Raja Melayu.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, beliau dimaklumkan BERPULUH-PULUH LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT terhadap ucapan tersebut.
Katanya, forum yang diadakan di Universiti Malaya (UM) itu sepatutnya membincangkan secara ilmiah mengenai ratifikasi Statut Rom TETAPI SEBALIKNYA MENJADI PLATFORM MENGHASUT KEBENCIAN RAKYAT KEPADA RAJA-RAJA MELAYU.
“Mereka juga menghina empat pakar perundangan yang mendedahkan bahaya Statut Rom kepada Majlis Raja-Raja,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Kata Ahmad Amzad, dalam forum itu, Dr. Syed Husin telah mengucapkan kata-kata menghasut betul-betul di hadapan Tommy dengan membangkitkan isu perbelanjaan Raja-Raja yang ditanggung rakyat.
TUDUHANNYA SANGAT BERAT seperti menyatakan keturunan raja diangkat oleh British dan semakin meluas menentang serta menceroboh Perlembagaan.
“Apabila TOMMY MEMBIARKAN SAHAJA PENGUCAPAN BERBAUR PENGHINAAN itu, secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti beliau sebagai Peguam Negara.
“Sekurang-kurangnya, beliau perlu menegur dan membetulkan kenyataan tersebut atas kapasiti Peguam Negara.
“Sama seperti beberapa hari lalu, Perdana Menteri menyatakan Perlembagaan Negeri Johor dan Terenggganu terbatal apabila Malaysia ditubuhkan, saya sudah bangkitkan di mana peranan Peguam Negara untuk menasihati kerajaan sehingga timbul dakwaan baharu yang sangat menyeleweng ini,” katanya.
Beliau menjelaskan, berdasarkan prestasi yang ada, Tommy dilihat menjadi liabiliti kepada kerajaan dan mencetuskan rasa kurang senang rakyat dalam isu membabitkan negeri, Raja-raja Melayu dan Islam.
MELAINKAN PAKATAN HARAPAN (PH) SUDAH BERSEDIA UNTUK KALAH PILIHAN RAYA UMUM KE-15 (PRU15) ini.
“Sekali lagi saya tegaskan, TOMMY PATUT DIPECAT kerana mengekalkan beliau sebagai Peguam Negara hanya membenarkan lebih banyak kerosakan berlaku terhadap negara,” katanya.
Rujukan: KLIK DISINI

Ahad, 21 April 2019

LUAHAN BEKAS TIM KPN TAN SRI BAKRI ZININ


Masa kini ADA TANGAN TANGAN GATAL, menceritakan kepincangan Polis. Sehingga Polis dilihat sebagai agensi penguatkuasaan yang tidak releven masakini dan membebankan mesyarakat.

Tidak membantu lagi KEJADIAN POLIS DIGARI DENGAN UNIFORM dan orang ramai kini berani menahan kereta peronda. Suatu keadaan yang tidak terfikir masa lalu.

MELEMAHKAN MORAL DAN IMAGE POLIS untuk mempastikan agenda mereka tercapai dan dalam keadaan sekarang ia akan menjadi realiti.

Kalau ini terjadi bukan Polis yang menjadi mangsa kerakusan tetapi padahnya mesyarakat akan menanggungnya. Kita berharap ia tidak menjadi realiti.

Pokoknya ADAKAH SETIAP YANG BERLAKU DALAM MESYARAKAT ITU BERLAKU ATAS KEGAGALAN POLIS?.

Selami akan keadaan dan kebajikan mereka. Lihat dulu sistem yang ada. Lihat semua sudut barulah menunding jari kearah mereka.

Mengujudkan sistem kawalan Polis dah mencukupi kalau dikaji peranan SPP, JIP, SIAP, Biro Pangaduan Awam, SUHAKAM dan undang undang lain.

Terkilan apa yang berlaku sekarang macam ADA YANG BERANGGAPAN POLIS SESUAI MENJADI 'JAGA' sahaja TANPA MENILAI SUMBANGAN YANG TELAH MENJADI NEGARA INI MAJU DARIPADA SEMUA SUDUT. Menidakkan sumbangan Polis kearah ini. TEPUK DADA TANYA SELERA

Rujukan: KLIK DISINI

Sabtu, 20 April 2019

PENYELIA KEDAI EMAS MATI DITEMBAK PENJENAYAH DI SERI KEMBANGAN




KUALA LUMPUR 19 April - SEORANG PENYELIA MATI DITEMBAK PENJENAYAH dalam kejadian rompakan kedai emas di dalam sebuah pasar raya besar di Seri Kembangan, Selangor petang ini.

Dalam kejadian pukul 7.13 petang itu, mangsa yang berketurunan Cina, berusia 28 tahun dan berasal dari Perak maut di tempat kejadian akibat terkena satu das tembakan di bahagian dada.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kejadian bermula apabila TIGA DARIPADA EMPAT PENJENAYAH DIPERCAYAI BERKETURUNAN INDIA yang memakai topi keledar dan ves pantul cahaya masuk ke kedai emas tersebut.
Menurutnya, seorang daripada suspek melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa yang dipercayai enggan mengikut arahannya.
“Ketiga-tiga suspek kemudian mengaut empat dulang emas dan melarikan diri dengan menaiki dua motosikal yang dijaga oleh seorang lagi rakan jenayah mereka.
“Kejadian dipercayai berlaku antara dua ke tiga minit dan ketika kejadian, mangsa bersama seorang lagi pekerja wanita,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Fadzil memberitahu, siasatan di lokasi kejadian juga menemukan satu kelongsong peluru di lokasi kejadian.

Tambahnya, siasatan sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah SEKSYEN 302 DAN 395 KANUN KESEKSAAN.- UTUSAN ONLINE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...