Isnin, 24 September 2012

Cubaan 3 lelaki rompak mesin ATM gagal


SABAK BERNAM — Tiga penjenayah berputih mata setelah gagal merompak sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di luar pintu masuk utama Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian 3 pagi itu, kesemua lelaki bertopeng berkenaan melarikan diri setelah gagal memecahkan tempat simpanan wang.

Kumpulan Bertopeng Rompak Kapal Minyak Di Perairan Tanjung Piai


JOHOR BAHARU, 23 Sept (Bernama) -- Sekumpulan lapan lelaki bertopeng, yang bersenjatakan parang dan sepucuk pistol, merompak sebuah kapal minyak di Perairan Tanjung Piai di sini pada 10.30 malam, semalam.

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Selatan Laksamana Pertama Maritim Adon Shalan berkata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 10.45 malam.

"Bertindak atas maklumat, kita telah mengarahkan sebuah bot yang sedang beroperasi di kawasan itu agar ke lokasi kejadian.

"Setelah bot APMM merapati kapal tersebut, perompak terbabit berjaya melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tindakan pantas ibu muda daripada diserang penyamun


TAMPIN – Tindakan pantas seorang ibu muda menolak seorang penyamun bersenjatakan sebilah parah sambil meminta tolong berjaya menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa samun ketika dalam perjalanan pulang ke Taman Rasa Sayang, dekat sini, petang kelmarin.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, ibu muda berusia 20-an yang sedang mengandung itu cedera ringan di bahagian tangan sebelah kiri semasa mengelak ditetak dengan sebilah parang oleh dua lelaki India dalam cubaan menyamunnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang, ketika kejadian mangsa berjalan kaki seorang diri ke kediamannya di taman berdekatan setelah selesai membeli barang di bandar Tampin.

AMK persoal lambakan judi siber


SEREMBAN – Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri mempertikai kredibiliti dan tanggungjawab polis dalam usaha menangani masalah lambakan judi siber di negeri ini.

Ketuanya, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, pihaknya mempunyai maklumat terdapat banyak premis judi haram masih beroperasi dan ada yang bakal dibuka dalam tempoh masa terdekat.

“Berdasarkan pemerhatian dan aduan diterima, kita mendapati sebanyak 20 pusat judi siber haram beroperasi di Seremban Jaya, di sini.

“Bagitu juga di Simpang Pertang, Jelebu terdapat sembilan premis dan kita turut menerima maklumat bahawa terdapat 12 premis akan dibuka dalam tempoh terdekat.

Warga emas kena rompak


Warga emas kena rompak
BENTONG - Dua beradik warga emas berdepan saat mencemaskan apabila rumah mereka di Simpang Chamang, dekat sini, dimasuki tiga perompak, kira-kira jam 9.30 malam, kelmarin.

Ketika kejadian, Sainiah Ahmad, 80, sedang menonton televisyen di dalam bilik tidur manakala adiknya, Siti Khatijah Ahmad, 60, sedang berbaring di ruang tamu.

Siti Khatijah berkata, semasa berbaring dia terdengar bunyi bising di bahagian dapur, namun menyangka anak saudaranya datang.

Bagaimanapun katanya, dia terkejut kerana yang muncul ketika itu ialah tiga lelaki dan dua daripadanya bersenjatakan parang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...